FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kumpulan Gema Suara Merdeka juara


PEMANGKU Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Awang Haji Ali bin Haji Matyassin hadir selaku tetamu kehormat pada Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik di antara Mukim-Mukim sempena Sambutan Hari Kebangsaan NBD Ke-33 Tahun. | Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 February 7th, 2017  |  09:20 AM  |   1490 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 6 Februari. - Kumpulan Gema Suara Merdeka dari Mukim Sengkurong dengan lagu 'Brunei Bumi Bertuah' muncul johan pada Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik di antara Mukim-Mukim bagi Program Semarak Pengibaran Bendera Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-33, Tahun 2017 bagi Daerah Brunei dan Muara.

 

Naib johan disandang oleh Kumpulan Pemata Nilam dari Mukim Berakas 'A' dengan lagu 'Purih Bangsa', manakala Kumpulan Koir Berakas 'B' yang membawa lagu 'Tanah Airku' mendapat tempat ketiga.

 

Sebanyak tujuh kumpulan menyertai pertandingan yang berlangsung di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, di sini.

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan, Awang Haji Ali bin Matyassin.

 

Terdahulu, Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan selaku Pengerusi Majlis, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar dalam ucapan alu-aluannya berkata, objektif pertandingan tersebut antara lain adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk mukim dan menjadi platform bagi penyanyi berkumpulan untuk terus berkarya, di samping dapat mengisi ruang serta peluang dalam program-program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan.

 

Selain itu, jelasnya, ia juga bertujuan bagi memupuk semangat berdaya saing dan patriotik melalui lagu-lagu yang dipertandingkan serta meningkatkan kesedaran bernegara melalui penghayatan berbentuk hiburan yang terpimpin.

 

"InsyaaAllah, bakat-bakat yang kita perolehi pada pertandingan ini nanti akan dapat diketengahkan dalam pelbagai cabang seni nyanyian, lakonan, tarian dan pengacaraan," ujar beliau.

 

Beliau turut memberitahu, setiap juara Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik bagi setiap daerah pada tahun ini akan membuat persembahan pada Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera sempena Sambutan Pearayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-33, Tahun 2017 yang akan diadakan pada 16 Februari nanti serentak di keempat daerah.

 

"Johan juga akan diberi peluang membuat video klip dan akan ditayang di Radio Televisyen Brunei dalam rancangan televisyen Teleton Hari Kebangsaan yang akan disiarkan pada 23 Februari 2017," katanya.

 

Menurutnya, Jabatan Penerangan akan terus merangka berbagai strategi untuk sama-sama membarigakan hari-hari kebesaran negara dan akan terus menanam semangat patriotik bagi semua peringkat masyarakat.

 

"Untuk itu, Jabatan Penerangan akan terus berperanan ke arah ini dan insyaaAllah, pertandingan koir ini akan terus diadakan pada masa akan datang," jelas beliau.

 

Majlis juga diserikan dengan persembahan koir jemputan dengan lagu bertajuk 'Generasi Berwawasan' dari Kumpulan Koir Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong.

 

Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir ketika ditemui berkata, beliau amat menggalakkan penglibatan anak-anak buah kampungnya terutama para belia dan penuntut sekolah yang mempunyai kebolehan untuk menyertai pertandingan tersebut serta acara-acara kenegaraan yang lain kerana mereka merupakan generasi pelapis negara.

 

Sementara itu, Jurulatih Kumpulan Gema Suara Merdeka,Pengiran Haji Mohd. Shahremi bin Pengiran Haji Md. Salleh berkata, penghayatan pada lagu yang dinyanyikan merupakan kekuatan utama kumpulan itu dalam memenangi pertandingan berkenaan.

 

"Selain itu, Mukim Sengkurong juga dikenali dengan penduduk dari berbilang kaum dan agama, di mana saya sengaja melibatkan kepelbagaian tersebut di dalam lagu itu," katanya kepada Pelita Brunei.

 

Para hakim pertandingan tersebut terdiri daripada Ketua Unit Orkestra Radio Televisyen Brunei, Awang Eddy Misuari bin Awang Zaini dan Pemangku Pengarah Pencaragam Pasukan Polis Diraja Brunei, Pengiran Shaiful Rezal Malik Faesal bin Pengiran Haji Marali.

 

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, iaitu Penghulu Mukim Berakas 'B', Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Maon dan Penghulu Mukim Kota Batu selaku Pemangku Ketua Kampung Serasa / Rancangan Perumahan Negara Serasa serta Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun juga Pelumpong, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10