FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UNISSA anjur aktiviti meriahkan Bandarku Ceria


REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal ikut serta dalam Acara Berbasikal Bandarku Ceria. | Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

 


 February 7th, 2017  |  09:30 AM  |   882 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 6 Februari. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Qiyamullail, Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah dan juga Riadah Bandarku Ceria selama 2 hari berturut-turut baru-baru ini.

 

Acara Qiyamullail bagi para mahasiswa yang diadakan pada 4 Februari lalu di Surau Sementara UNISSA itu disemarakkan dengan zikir dan selawat manakala di ruang lain, Auditorium pula diadakan Sesi Perkongsian Ilmu bagi mahasiswi universiti itu.

Di samping itu juga, satu tazkirah bertajuk 'Learning from the Muslimah Warriors' disampaikan oleh nahasiswi Tahun 3, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dayang Siti Julaiha binti Puasa.

 

Aktiviti seumpama ini adalah untuk mengetahui kisah dan sejarah sahabat-sahabat yang terdahulu untuk dijadikan contoh teladan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan para mahasiswi.

 

Pada hari berikutnya pula, para mahasiswa / mahasiswi melaksanakan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong sebagai salah satu acara program untuk sama-sama memakmurkan masjid dan menimbulkan rasa kecintaan terhadap masjid.

 

Acara diteruskan dengan senamrobik yang diketuai oleh Exco Unit Sukan dan Logistik, MPP, Awang Muhamad Ikhwan Syahmi bin Suhaini dan diteruskan dengan aktiviti berbasikal dan berjalan kaki menuju ke Taman Haji Sir Omar ‘Ali Saifuddien dalam rangka memeriahkan suasana aktiviti Riadah Bandarku Ceria di samping untuk mengamalkan cara hidup sihat dalam kalangan warga UNISSA agar lebih aktif secara mental dan fizikal.

 

Turut hadir dalam aktiviti berkenaan ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Timbalan Rektor, Penolong Rektor, Dekan Hal Ehwal pelajar dan beberapa orang pegawai dan kakitangan UNISSA.

 

Bandarku Ceria lebih meriah apabila para mahasiswa / mahasiswi UNISSA telah membuka laluan kepada para pengunjung dengan mengadakan Klinik Surah Al-Fatihah bagi membantu orang ramai memperbaiki dan menghalusi lagi bacaan Surah Al-Fatihah agar setiap ayat dapat dibaca dengan betul dan menepati makna sebenar.

 

Pada masa yang sama juga, Photohunt Race turut diadakan di antara mahasiswa / mahasiswi UNISSA agar dapat mengeratkan persaudaraan dan perpaduan antara warga UNISSA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17