FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hasil pelaksanaan Inisiatif Pendidikan Rendah cermin usaha Kementerian Pendidikan


 


 February 8th, 2017  |  09:07 AM  |   1690 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 Februari. - Bermula Tahun 2015, kita telah menyaksikan transformasi pendidikan dengan adanya Pelaksanaan Inisiatif Pendidikan Rendah (Primary Education Initiatives atau PEI).

 

Hasilnya, peningkatan sebanyak 3.1 peratus pelajar kita memperolehi Gred 'A' hingga 'C' pada Tahun 2015 dari PSR 2014, iaitu pencapaian yang tertinggi (67%) sejak SPN21 diperkenalkan.

 

Pencapaian ini telah mencerminkan usaha seluruh warga Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing terutama sekali tenaga pengajar untuk mendidik anak-anak bangsa dan memastikan mereka mendapatkan pendidikan yang berkualiti. 

 

Walau bagaimanapun, bagi PSR 2016, pencapaian kita meningkat hanya sedikit, menunjukkan bahawa masih banyak yang perlu kita mantapkan untuk kejayaan meningkatkan pada kadar yang memuaskan.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada Majlis Penghargaan Inisiatif Pendidikan Rendah Tahun 2015 / 2016 dan Ramah Mesra Bersama Menteri Pendidikan di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

''Dengan kejayaan yang telah kita perolehi dari pelaksanaan inisiatif Pendidikan Rendah itu, maka kementerian seterusnya telah mengambil langkah pada tahun ini untuk melaratkan pelaksanaan inisiatif yang sama ke sekolah-sekolah menengah,'' tegasnya.

 

Menurut Yang Berhormat, kejayaan PEI adalah bukti kerjasama dan usaha padu yang telah dibina di antara Focus Area Champions, ketua-ketua kluster, dengan pemimpin-pemimpin sekolah terutama sekali guru-guru yang telah bekerja keras dalam memastikan implementasi inisiatif ini berjalandengan lancar seperti yang dihasratkan.

 

Yang Berhormat difahamkan bahawa ramai guru-guru di sini telah mengorbankan masa serta tenaga demi mendidik pelajar-pelajar tanpa mengira waktu dan guru-guru seperti inilah harus dicontohi, yang mana ada antara guru-guru yang terus mengadakan kelas-kelas tambahan intensif atau intervensi pada hari minggu, di waktu petang, di rumah mereka sendiri serta mengadakan kelas intensif pada sebelah malam bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama Maktab Duli.

 

Ini merupakan pelaburan kita yang tidak ternilai jelas Yang Berhormat, demi melahirkan generasi berwawasan, ibu bapa yang lebih bertanggungjawab serta rakyat yang akan menyumbang pada negara serta bangsa dan hanya Allah Subhanahu Wata'ala yang akan memberi ganjaran pahala selayaknya.

 

Yang Berhormat seterusnya menerangkan, Kementerian Pendidikan sentiasa komited dalam memberi sokongan yang diperlukan oleh guru-guru dan usaha-usaha seperti mendatangkan Pembimbing Antarabangsa (International Coaches) adalah salah satu daripada pelaburan kerajaan bagi tujuan ini.

 

Pada tahun ini katanya, kita akan dapat melihat pembimbing antarabangsa terlibat dalam memberi sokongan kepada guru-guru di bilik-bilik darjah terutamanya di sekolah-sekolah kerajaan dan ia adalah bagi maksud untuk melengkapkan dan mengemas kini guru dengan pengetahuan pedagogi yang terkini dan relevan.

 

''Selain dari itu, sesi pembangunan profesional juga terus diadakan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kapasiti guru-guru kita. Saya berharap sesi seperti ini akan dapat membantu guru dalam pengajaran untuk lebih kreatif serta yang dapat menyuntik semangat untuk meneruskan profesi perguruan secara amnya,'' tambah Yang Berhormat.

 

Menurut siaran akhbar, seramai 1,283 orang guru-guru terdiri daripada pemimpin sekolah rendah dan guru-guru yang mengajar Tahun 6 hadir pada majlis tersebut.

 

Majlis Penghargaan Insisatif Pendidikan Rendah Tahun 2015 / 2016 dan Ramah Mesra Bersama Menteri Pendidikan antara lain bertujuan bagi mengenang jasa guru-guru Tahun 6, atas kejayaan pencapaian Penilaian Tahun Enam (PSR) Tahun 2015 / 2016; penganugerahan sijil penghargaan kepada guru-guru Tahun 6, 2015 / 2016; menghargai sumbangan para Peneraju Fokus Utama, ketua kluster dan pemimpin sekolah serta bagi mengeratkan silaturahim di antara guru-guru dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.

 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Profesor Madya Dr. Awang Haji Azman bin Haji Ahmad; Ketua Pengarah Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahim bin Derus; pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54