Home > Bahasa Melayu
Berkenan hantar perutusan tahniah kepada baginda Queen
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland. |
February 8th, 2017 | 09:08 AM | 1141 views
BRUNEI DARUSSALAM
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland bersempena dengan Jubli Nilam Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II.
Di dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyifatkan dedikasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II yang berterusan selama 65 tahun ke arah kebajikan dan Perkhidmatan Awam telah mendorong dan mempengaruhi kehidupan rakyat British termasuk mereka di dalam Komanwel dan juga di mana-mana.
Kebawah DYMM seterusnya berharap untuk terus memperkukuhkan hubungan tradisi dan persahabatan serta kerjasama yang telah sekian lama terjalin di antara kedua-dua buah negara dan rakyat di tahun-tahun mendatang.
Pada mengakhiri titah perutusan berkenaan, baginda menyampaikan salam muhibah dan semoga Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan kegembiraan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]