FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peluang melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat


 


 February 9th, 2017  |  09:12 AM  |   909 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

GADONG, Rabu, 8 Februari. - Pameran Pengajian Tinggi Amerika Syarikat (AS) Ke-4 mengetengahkan 14 buah kolej dan universiti yang menawarkan pelbagai program pendidikan dalam peringkat sarjana muda, sarjana dan lepasan ijazah bagi melanjutkan pengajian di AS.

 

Antara kolej dan universiti yang terlibat termasuklah The Aviation Institute of Maintenance, Central Washington University, Miami University, Wabash College, University of Massachusetts, University of Hawaii di Manoa, Savannah College of Art and Design, Western Michigan University, University of Northern Iowa, Temple University, American University, Fairleigh Dickinson University, Creighton University dan LIM College (Fashion and Business School).

 

Pameran yang dianjurkan oleh Kedutaan AS di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama EducationUSA itu berlangsung di Songket Hall, Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini.

 

Hadir melancarkan pameran tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Profesor Madya Dr. Haji Azman bin Ahmad.

 

Pameran tersebut adalah sebagai peluang yang baik bagi bakal-bakal pelajar dan ibu bapa untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengajian di AS.

 

Terdahulu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Craig Allen dalam kenyataannya berasa teruja dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memberi peluang kepada para pelajar di peringkat pendidikan global dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya.

 

Menurutnya, adalah penting bagi setiap pelajar di luar sana mengetahui hak mereka untuk mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti tanpa mengira kaum, agama dan warna.

 

Turut mengambil bahagian dalam pameran itu ialah Unit Akreditasi, Bahagian Biasiswa, dan Bahagian Pengajian Tinggi dari Kementerian Pendidikan dan wakil-wakil dari inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YEASLI), Persatuan Alumni Brunei - AS, Persatuan Alumni Amerika dan Kedutaan AS.

 

Dalam pada itu, Penasihat EducationUSA juga menyediakan maklumat yang tepat, menyeluruh dan terkini bagi berjuta-juta pelajar antarabangsa mengenai bagaimana untuk memohon memasuki kolej dan universiti di AS.

 

Sementara itu, kakitangan EducationUSA juga bekerjasama dengan profesional pendidikan tinggi AS bagi menyokong pengambilan pelajar antarabangsa.

 

Pameran yang sama juga akan diadakan esok, 9 Februari di Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA) Kuala Belait bermula jam 1.30 petang hingga 4.00 petang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17