FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Pertahanan rai pesara dan penerima Anugerah Pekerja Cemerlang


 


 February 9th, 2017  |  09:13 AM  |   928 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BOLKIAH GARISON, Rabu, 8 Februari. - Seramai 83 pesara yang telah menamatkan perkhidmatan mereka di Kementerian Pertahanan pada tahun 2016, diraikan dalam Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Pesara dan Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Tahun 2016 di bawah Kementerian Pertahanan.

 

Penyampaian sijil dan cenderahati kepada para penerima disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Konsert Wira Seni, Bangunan Pancaragam, di sini.

 

Terdahulu, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa majlis tersebut bertujuan untuk menghargai serta menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ke atas segala jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan dengan penuh komitmen dan dedikasi oleh para pesara kepada Kementerian Pertahanan khususnya dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam amnya.

 

Di samping itu, ujar beliau, ia juga bertujuan untuk meraikan pegawai dan kakitangan awam yang telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam bagi Tahun 2016.

 

Menurut beliau, pemberian anugerah tersebut antara lain adalah merupakan satu langkah bagi membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan.

 

"Oleh yang demikian, adalah diharapkan ia akan dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan warga Perkhidmatan Awam sebagai satu galakan untuk terus mempertingkatkan mutu kerja yang berkualiti tinggi," katanya.

 

Beliau turut menyentuh mengenai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Awal Tahun Baharu Masihi 2017 yang mana baginda bertitah bahawa masih banyak lagi yang boleh diperbaiki terutama mengenai penerapan nilai-nilai utama dalam Perkhidmatan Awam.

 

Tambah beliau, baginda juga mahu supaya jentera kerajaan kaya dengan disiplin dan kaya dengan amanah dalam menjalankan tugas sebagai cara untuk meraih berkat dalam perkhidmatan.

 

Inti pati yang dapat diambil dari titah baginda, jelas beliau, adalah untuk sentiasa memperbaiki Perkhidmatan Awam dengan penekanan tehadap disiplin dan amanah yang menjadi antara nilai-nilai utama bagi mendapatkan keberkatan dalam perkhidmatan.

 

"Dalam erti kata lain, integriti yang tinggi merupakan asas atau tunjang utama kepada kelangsungan kerajaan dan kemakmuran negara dengan mendapat keberkatan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala," katanya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17