FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MIB falsafah negara dan teras kenegaraan


 


 February 9th, 2017  |  09:14 AM  |   949 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Februari. - Sepanjang lebih 30 tahun merdeka, Melayu Islam Beraja (MIB) adalah falsafah negara dan teras kenegaraan, Negara Brunei Darussalam dapat terus berkembang maju yang dapat dilihat daripada pembangunan prasarana dan pembangunan tenaga manusia rakyatnya. 

 

Sementara di peringkat antarabangsa ia juga telah menempati dan menyandang dengan baik dan wajar posisi serta statusnya dalam keadaan aman tenteram dalam kalangan negara-negara dunia. Hal yang demikian itu adalah berkat kepimpinan pemerintahan beraja yang berkesan pada menaungi kepentingan rakyat dan negara.

 

Perkara tersebut merupakan antara inti pati Kuliah Khas yang disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman pada Kuliah / Aktiviti Ilmiah bagi Kursus MIB Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Sesi 2016 / 2017 (Semester 2) berlangsung di Auditorium, UNISSA, Gadong.

 

Yang Berhormat juga menjelaskan bahawa dengan kepimpinan yang berkesan itu nilai-nilai MIB diterapkan secara bijaksana dan betul demi merealisasikan tiga perkara aspirasi nasional dan azam politik yang diungkapkan dalam Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan, iaitu sebagai negara MIB yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan ajaran-ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah.

 

Kuliah Khas bertajuk ‘MIB - Signifikan Watikah Titah Permasyhurannya dan Penerapan Konsepnya dalam Pemerintahan Negara Brunei Darussalam’ membicarakan mengenai MIB dan signifikan watikah sebagai instrumen penting dalam pemasyhuran kemerdekaan.

 

Dalam Kuliah Khas tersebut, Yang Berhormat turut mengetengahkan tentang penerapan konsep MIB dalam pemerintahan beraja Negara Brunei Darussalam menurut ajaran Islam Ahli Sunnah Waljamaah, yang meliputi empat aspek, iaitu Kuasa Memerintah menurut Peruntukan Perlembagaan, Lantikan Pegawai-Pegawai Utama, iaitu Menteri dan Timbalan Menteri, Majlis-Majlis Mesyuarat sebagai Majlis Isytisyari atau Konsultasi, dan Sultan dan Pengganti-Pengganti Baginda.

 

Kuliah Khas MIB anjuran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), UNISSA itu telah dipengerusikan oleh Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad.

 

Kursus MIB adalah kursus yang ditawarkan kepada mahasiswa / mahasiswi Tahun 1, UNISSA yang dikategorikan sebagai Kursus Wajib Universiti.  Dalam keberhasilan Kursus MIB ini, mahasiswa / mahasiswi diharap akan memahami konsep MIB dengan lebih dalam dan luas serta  menjadikan MIB sebagai pegangan cara hidup dalam menghadapi gelombang moden dan arus globalisasi. 

 

Hadir sama mendengarkan Kuliah Khas tersebut ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja’ah; Timbalan Rektor, Pengarah PPIB, pegawai-pegawai dan kakitangan UNISSA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10