FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkhidmatan Bas Express ke tiga buah negara dilancarkan


 


 February 10th, 2017  |  07:46 AM  |   1234 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Februari. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika ini berusaha untuk memperluaskan lagi peluang-peluang perdagangan dan pekerjaan bukan sahaja di dalam negeri ini malah berharap para pengusaha akan dapat menjelajahi pasaran luar negara terutama di negara jiran.

 

Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat menjelaskan perkara itu semasa ditemui pada Majlis Pelancaran Bas Express Lintas Batas Brunei – Sarawak – Pontianak yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong  di sini. 

 

Yang Berhormat Menteri Perhubungan berkata dari bidang pengangkutan, inisiatif berkenaan merupakan salah satu usaha Kementerian Perhubungan dalam memperluaskan lagi 'Connectivity' dan seterusnya berharap  Brunei, Kuching, Sarawak dan Pontianak bukan sahaja memperluaskan peluang pelancongan malah termasuk perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya.

 

Usaha tersebut jelasnya, menghubungkan Brunei dengan tempat-tempat di rantau ini khususnya di kepulauan Borneo terutamanya dalam konteks usaha  BIMP-EAGA yang melibatkan Brunei, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Filipina untuk memastikan perjalanan yang 'seemless' tanpa sebarang halangan.

 

''Dan semasa perjumpaan yang lalu, beberapa tempat atau kawasan telah dikenal pasti untuk mempertumbuhkan atau mempertingkatkan lagi infrastruktur,'' ujarnya.

 

Yang Berhormat Menteri juga menyatakan mengenai perkembangan Lebuh Raya Pan Borneo yang ketika ini sentiasa berkembang dan hubungan antara Pontianak ke Kuching sehingga Ke Kota Kinabalu yang kini telah siap dan sedang berusaha dalam memperluaskan 'Connectivity' di ketiga buah negara.

 

Dari segi pengangkutan penumpang, Yang Berhormat Menteri Perhubungan berharap, para pengusaha bas di negara ini boleh mengambil para penumpang dari tempat lain untuk membawa para pelancong ke negara ini dan perkara tersebut akan sentiasa dirundingkan dengan negara-negara berkenaan.

 

Pihaknya kini membuat perbincangan mengenai lokasi mengenai pengambilan para penumpang yang agak terhad dan berharap tempat pengambilan berkenaan akan diperluaskan lagi dan dengan demikian sekali gus akan membuka peluang pasaran secara lebih meluas lagi.

 

Sementara itu, Pengarah urusan ADBS Sendirian Berhad, Awang Haji Ibrahim bin Haji Awang Damit dalam alu-aluannya berkata, syarikatnya yang sudah lama beroperasi dalam perkhidmatan bas itu berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan bas ke destinasi yang lebih jauh.

 

Awang Haji Ibrahim menyatakan pembelian empat buah bas baru yang mewah dan selesa itu, beliau yakin kemudahan-kemudahan berkualiti tinggi dan lebih baik serta lengkap dan moden dapat memenuhi kehendak dan kepuasan para penumpang.

 

Perkhidmatan Bas Express ini tambahnya akan memudahkan para pelancong untuk datang ke negara kita dengan lebih efisien dengan kadar bayaran tambang yang murah terutama mereka dari kepulauan Borneo iaitu Sarawak dan Kalimantan.

 

''Dengan adanya Pan Borneo Highway, perjalanan pada masa ini adalah lebih selamat dan selesa. Penyediaan kemudahan seperti tempat-tempat perhentian untuk berehat di sepanjang perjalanan  juga menyenangkan para penumpang,'' tambahnya.

 

Beliau seterusnya berharap, Laluan Bas BIM-EAGA ini akan lebih lebar dan meluas dalam menghubungkan perjalanan dari selatan ke utara Pulau Borneo dengan mudah.

 

''Dengan adanya laluan ini, akan dapat menyumbang dalam memajukan industri Pelancongan di Negara Brunei Darussalam,'' tambahnya lagi.

 

Ciri-ciri keselamatan bas berkenaan menggunakan teknologi Volvo dari Sweden dan dilengkapi dengan 'rooftop' hawa dingin, tempat bagasi yang besar dan luas serta tempat duduk yang lebih tinggi (high deck). Ia juga dilengkapkan dengan 'three points seatbelt', 'ABS Brake', 'Roll over protection', Sistem CCTV, GPS dan bus tracking system.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17