Home > Bahasa Melayu
Diraikan di Majlis Makan Malam
February 10th, 2017 | 07:48 AM | 1000 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Februari. - Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, menghoskan Majlis Makan Malam bagi meraikan Menteri Pendidikan Thailand, Tuan Yang Terutama Dr. Teerakiat Jareonsettasin selaku Presiden Majlis Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO Council) Ke-48 berserta rombongan.
Majlis Makan Malam tersebut diadakan di Horizons Seafood Restaurant, di sini, yang juga dihadiri oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes dan pegawai-pegawai Kanan dari kedua dua negara.
TYT berada di negara ini bagi lawatan kerja selama dua hari bermula hari ini yang juga merupakan salah satu siri lawatan ke negara-negara ahli SEAMEO.
Mengiringi TYT ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan Thailand, Ms. Duriya Amatavivat; Pengarah Sekretariat SEAMEO, Dr. Gatot Hari Priowirjanto; pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan Thailand dan Sekretariat SEAMEO.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]