FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawatan tidak berjadual ke dua buah sekolah kerajaan


 


 February 10th, 2017  |  07:48 AM  |   1199 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Februari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Sponsor dan Pengerusi Jawatankuasa Pandu PENGGERAK telah berkenan membuat lawatan tidak berjadual ke dua buah sekolah kerajaan di ibu negara.

 

Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan berangkat melawat Sekolah Menengah Katok dan keberangkatan tiba DYTM dijunjung oleh Pengetua sekolah berkenaan, Dayang Penroose Saleha binti Haji Mohd. Salleh.

 

DYTM berkenan meninjau prasarana sekolah tersebut dengan lebih dekat, di samping membuat tinjauan ke atas beberapa sesi pembelajaran di dalam bilik-bilik darjah yang sedang berlangsung. 

 

DYTM juga berkenan mendengarkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru-guru yang mengajar dalam bilik-bilik darjah tersebut serta inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh mereka untuk meningkatkan pembelajaran pelajar-pelajar.

 

Inti pati utama lawatan tersebut ialah sesi perbincangan tertutup dengan pengetua dan guru-guru kanan yang telah dipengerusi sendiri oleh DYTM bagi mendengarkan perkembangan sekolah tersebut terutamanya dalam penyediaan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan ‘O’ Level tahun ini, termasuk pembentangan ringkas mengenai School Progress Plan.

 

Sekolah Menengah Katok ditubuhkan pada tahun 2014 dan mempunyai keramaian 1,180 orang pelajar dan 121 orang guru.

 

Hadir semasa keberangkatan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Profesor Madya Dr. Azman bin Haji Ahmad dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

 

DYTM kemudian meneruskan lawatan ke Sekolah Menengah Arab Katok di mana keberangkatan tiba dijunjung oleh Pengetua sekolah berkenaan, Dayang Hajah Rusidah binti Haji Talip. 

 

Semasa lawatan ke sekolah tersebut, DYTM juga berkenan menyaksikan sesi pembelajaran beberapa buah bilik darjah. 

 

Seperti di Sekolah Menengah Katok, DYTM mengakhiri keberangkatan lawatan dengan mengadakan sesi perbincangan tertutup dengan pengetua dan beberapa orang guru kanan bagi membincangkan School Progress Plan yang tertumpu kepada inisiatif-inisiatif terkini bagi tujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Arab Katok.

 

Bangunan sekolah tersebut telah siap dibina pada tahun 2017 di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-10. 

 

Sekolah tersebut menempatkan pelajar-pelajar dan guru-guru dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit yang mempunyai seramai 1,300 orang pelajar dan 120 orang guru-guru.

 

DYTM juga telah berkenan berangkat untuk meninjau kemudahan-kemudahan yang telah disediakan di sekolah tersebut, antara lainnya, dewan, surau yang tersergam indah yang dapat menampung seribu orang jemaah, bangunan asrama bagi sebahagian pelajar dan dewan makan yang dilengkapi dengan kemudahan dapur yang moden.

 

Hadir semasa keberangkatan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan pegawai-pegawai kanan dari KHEU.

 

Lawatan tidak berjadual itu memberikan peluang kepada DYTM untuk melihat inisiatif-inisiatif yang dijalankan di sekolah-sekolah dengan lebih dekat lagi. 

 

Keberangkatan lawatan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan DYTM dalam memastikan setiap strategi dan inisiatif yang berkaitan dengan pendidikan di negara ini dilaksanakan secara berkesan di setiap sekolah dan memberikan impak positif ke atas meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

 

Lawatan tersebut merupakan usaha bersama untuk merealisasikan sasaran-sasaran pencapaian dalam peperiksaaan pada tahun ini yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan KHEU; dan DYTM telah secara berterusan mendukung inisiatif-inisiatif kedua-dua kementerian berkaitan Pendidikan Rendah dan Menengah termasuklah usaha-usaha ke arah mempersiapkan pelajar-pelajar bagi Program for International Students Assessment (PISA). 

 

Lawatan itu juga dihasratkan untuk memastikan inisiatif Pembimbing Antarabangsa (International Coaches) yang diungkayahkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Pendidikan dimanfaatkan sepenuhnya dan memberikan impak yang mapan bagi setiap sekolah kerajaan.

 

Matlamat keseluruhan usaha tersebut adalah menjurus kepada menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan dan guru-guru di negara ini ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

 

Di sepanjang keberangkatan lawatan, DYTM diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16