Home > Bahasa Melayu
Menerima mengadap Menteri Pendidikan Thailand
February 10th, 2017 | 07:49 AM | 1035 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Pendidikan Thailand, Tuan Yang Terutama Dr. Teerakiat Jareonsettasin.
Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.
Tuan Yang Terutama berada di negara ini dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari selaku Presiden Majlis Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO Council).
Jawatan selaku Presiden SEAMEO ini dipegang mengikut kitaran dua tahun dari kalangan Menteri-Menteri Pendidikan Ahli SEAMEO .
Menteri Pendidikan Thailand memegang jawatan berkenaan sejak 6 Mei 2015.
Turut hadir di Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.
Hadir sama, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes; Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan Thailand, Ms. Duriya Amatavivat dan Pengarah Sekretariat SEAMEO, Dr. Gatot Hari Priowirjanto.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]