Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM berkenan menghantar perutusan tahniah
Presiden Republik lslam Iran, Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani.
February 11th, 2017 | 07:55 AM | 1042 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik lslam Iran, Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani dan kerajaan serta rakyat Republik Islam Iran bersempena dengan Hari Kebangsaan Republik Islam Iran.
Dalam titah perutusan kepada Tuan Yang Terutama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merakamkan kegembiraan dapat berjumpa dengan Tuan Yang Terutama semasa di Persidangan Kemuncak Islam Ke-13 O.I.C. di Istanbul tahun lepas dan seterusnya berharap berpeluang untuk mengukuhkan kerjasama dan persahabatan yang sungguh bernilai itu di tahun mendatang.
Pada mengakhiri titah perutusan baginda itu, baginda berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan mengurniakan kepada Tuan Yang Terutama dalam keadaan sihat walafiat dan kegembiraan serta rakyat Republik Islam Iran akan terus berkembang maju dan makmur.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]