Home > Bahasa Melayu
JPMC rai pelanggan sempena Tahun Baharu Cina
February 12th, 2017 | 07:45 AM | 991 views
BANDAR SERI BEGAWAN
JERUDONG, Sabtu, 11 Februari. - Dalam mengeratkan hubungan bersama para pelanggannya, Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) telah mengadakan perayaan rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina.
Majlis yang berlangsung di Parkview Hotel, Jerudong tersebut turut dihadiri oleh orang-orang kenamaan dan tetamu-tetamu khas.
Antara yang hadir, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
Juga hadir ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan, wakil dari kedutaan serta pegawai dan kakitangan JPMC.
Majlis yang dianjurkan pada setiap tahun itu adalah merupakan acara tahunan dan salah satu acara bagi mereka untuk berkumpul dan menghargai selain bersuai kenal dengan pelanggan mereka serta para pembekal, profesional kesihatan terutama dengan pegawai dan kakitangan Kementeran Kesihatan yang sering bekerjasama dengan mereka.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]