Home > Bahasa Melayu
Tanamkan sifat urus tadbir yang baik
BENGKEL ASEAN Serantau Mengenai Praktis Persaingan Ekonomi yang diadakan baru-baru ini.| Foto : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi
February 13th, 2017 | 07:33 AM | 1005 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 Februari. - Penguatkuasaan undang-undang persaingan dapat menanamkan sifat urus tabdir yang baik, urus niaga yang adil dan jujur serta persaingan berdasarkan merit.
Perkara itu merupakan ramuan utama bagi menuju ke arah produktiviti yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang sihat, jelas Timbalan Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan) di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Hajah May Fa'ezah binti Haji Ahmad Ariffin semasa penutup bengkel tiga hari ASEAN Serantau mengenai Praktis Persaingan Ekonomi.
Dr. Hajah May mengakhiri ucapannya dengan harapan agar bengkel tersebut dapat memberi manfaat dan menambah nilai kapasiti institusi domestik dalam membangunkan ''pemikiran ekonomi'' dan berharap agar peserta dapat mengongsikan pengajaran-pengajaran yang diperoleh dari bengkel kepada agensi masing-masing.
Menurut Siaran Akhbar Jabatan Perancangan Kemajuan Ekonomi (JPKE), bengkel tersebut diketuai oleh ahli ekonomi kanan dari Australian Competition and Consumer Commission (ACCC), New Zealand Commerce Commission (NZCC) dan Competition Commission of Singapore (CCS), bengkel mengongsikan pandangan mengenai dengan konsep ekonomi dalam larangan-larangan utama undang-undang persaingan termasuk kartel, tipuan bida, penyalahgunaan posisi dominan dan pergabungan anti-persaingan.
Peserta diberikan pendedahkan pada kes-kes sebenar dan bertukar pandangan mengenai cabaran-cabaran utama serta pilihan bagi mengaplikasikan pemikiran ekonomi dalam siasatan persaingan.
Ketika penutup bengkel serantau, peserta memperakui bahawa walaupun bengkel direka bagi undang-undang persaingan, konsep-konsep ekonomi dan pengajaran yang diperoleh sepanjang bengkel juga dapat diguna pakai di dalam pelbagai bidang dasar. Beberapa peralatan ekonomi yang dibincangkan seperti model ekonomi, analisis data dan bukti ekonomi adalah dapat digunakan dalam menilai fungsi pasaran ekonomi.
Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil oleh Dr. Hajah May dan Jennifer Orr, ahli ekonomi kanan dari ACCC kepada 35 pegawai kanan dari agensi-agensi kerajaan Brunei Darussalam dan agensi-agensi persaingan serantau.
Bengkel dianjurkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama ACCC, NZCC dan Sekretariat ASEAN, dengan sokongan dari ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Area (AANZFTA) Competition Law Implementation Program (CLIP), bertempat di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong dari 7 hingga 9 Februari 2017.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]