FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Imarahkan masjid dengan sembahyang berjemaah


TAZKIRAH agama bertajuk 'Fit or Faith' yang disampaikan oleh penceramah dari Pusat Da'wah Islamiah, Awang Isham bin Haji Ismail. | Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin, Pelita Brunei

 


 February 13th, 2017  |  07:35 AM  |   2060 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 Februari. - Masjid adalah rumah Allah dan menghadirkan diri beribadah ke masjid serta mendirikan sembahyang berjemaah itu mempunyai kelebihan darjat berbanding sembahyang bersendirian.

 

Program Masjidku Makmur, Negara Berkat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah (PDI) dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama Masjid Omar 'Ali Saifuddien merupakan satu program mingguan dan ajakan bagi mengalu-alukan jemaah meningkatkan kehadiran bagi memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah mendirikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di masjid.

 

Ia turut memberikan peluang kepada para pengunjung bersempena acara Bandarku Ceria, memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan melalui penyempurnaan menunaikan tuntutan sembahyang fardu berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan.

 

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Datin serta diserikan lagi dengan kehadiran peserta-peserta dari Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).

 

Tazkirah agama bertajuk 'Fit or Faith' (Kecergasan atau Keimanan) yang disampaikan oleh penceramah dari PDI, Awang Isham bin Haji Ismail, antaranya menyentuh kelebihan memperkasakan iman, selain mengejar kecergasan untuk mendapatkan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala. Beliau turut menegaskan semasa bersukan dalam menjaga kecerdasan tubuh badan, adalah diwajibkan bagi seseorang Muslim itu menjaga dan menutup auratnya.

 

Kehadiran jemaah memakmurkan rumah Allah diharapkan akan dapat menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan dapat menimbulkan rasa persamaan di antara umat Islam dalam melaksanakan sembahyang berjemaah dan amal ibadat bersama-sama.

 

Makmurnya masjid-masjid di negara ini, adalah antara landasan kita bagi menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala bagi diri kita, keluarga juga negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10