FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bandarku Ceria riadah hujung minggu


KIDS Autobot permainan baharu kepada orang ramai terutama bagi kanak-kanak. | Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Pelita Brunei

 


 February 13th, 2017  |  07:35 AM  |   1905 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 Februari. - Program Bandarku Ceria terus mendapat sokongan padu dari pelbagai pihak terutama orang ramai yang ingin mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti riadah hujung minggu lebih-lebih lagi bersama keluarga.

 

Ini adalah inisiatif pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui beberapa kementerian dan agensi-agensi serta pihak yang berkenaan untuk mengadakan hari tanpa kereta pada setiap Ahad.

 

Dalam tinjauan Pelita Brunei, program telah berjalan dengan lancar dan sangat meriah khusus di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien dan kawasan sekitarnya.

 

Bandarku Ceria bukan sahaja memberi mereka peluang untuk melakukan aktiviti riadah, tetapi mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara golongan warga emas, belia, remaja dan kanak-kanak.

 

Dengan adanya Program Bandarku Ceria tersebut, Bandar Seri Begawan bukan sahaja dihidupkan dengan 

suasana hujung minggu, malah sebagai sebuah bandar dalam taman (garden city) yang mempunyai alam sekitar yang bersih, cantik dan bebas dari pencemaran.

 

Antara yang menyertai Bandarku Ceria ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. 

 

Awang Muhd. Ikhwan bin Mohd. Irwan dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar (SMSAB) yang menyediakan Projek Kumpulan Bertindak 'Sekolahku di Hatiku' menjelaskan tujuan mereka adalah untuk berkongsi kepada orang ramai mengenai kepentingan kedatangan sekolah dan seterusnya untuk menaikkan kehadiran / kedatangan 

penuntut bagi mencapai 95 peratus.

 

Oleh itu, beliau berharap orang ramai di Bandarku Ceria tersebut akan menyokong usaha mereka dalam sama-sama membantu para penuntut untuk menaikkan prestasi kehadiran ke sekolah.

 

Sementara, pemilik Kids Autobot, Awang Muhd. Ariffen bin Haji Masri yang menyertai Bandarku Ceria adalah untuk memperkenalkan permainan baharu kepada orang ramai terutama kepada kanak-kanak.

 

Pada masa yang sama aktiviti Autobot adalah untuk memeriahkan lagi Bandarku Ceria, di samping mencari pendapatan yang lebih.

 

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Autobot bolehlah melayari Instagram di Delnazone.bn atau menghubungi terus melalui talian +673 8192365.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53