FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pengeluaran sektor perikanan ditingkatkan menjelang 2020


 


 February 14th, 2017  |  07:58 AM  |   1850 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Februari. - Negara akan terus meningkatkan nilai pengeluaran sektor perikanan daripada lebih 100 juta ringgit pada tahun 2015 menjadi lebih 600 juta ringgit menjelang tahun 2020 di sebalik trend tangkapan ikan yang menurun.

 

Menurut Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, 70 peratus nilai tersebut datangnya dari akuakultur.

 

Berucap semasa Majlis Perletakan Batu Asas Ternakan Akuakultur KR Apollo Sendirian Berhad, Yang Berhormat menekankan, Brunei Darussalam memerlukan teknologi dan sistem yang bersesuaian untuk mengembangmajukan ternakan ikan.

 

Majlis diadakan di Tapak Akuakultur Airtawar, Sungai Jambu, Kampung Tungku, di sini.

 

Yang Berhormat menjelaskan keperluan tersebut selaras ke arah memperbaiki produktiviti dan meningkatkan persaingan yang akan membolehkan produk-produk dan perkhidmatan Negara Brunei Darussalam menembusi pasaran eksport.

 

Sementara itu dalam ucapannya, Menteri Negara Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dan Kementerian Pembangunan Negara Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Koh Poh Koon menekankan perlunya Singapura mengukuhkan sekuriti makanannya dengan mengimport dari pelbagai sumber seperti Negara Brunei Darussalam.

 

Tuan Yang Terutama menggalakkan syarikat-syarikat Singapura untuk mewujudkan kerjasama ke satu peringkat baharu dengan rakan-rakan dari negara ini dalam bidang akuakultur.

 

Semasa majlis tersebut, perjanjian kontrak ditandatangani di antara KR Apollo Sendirian Berhad dan Jabatan Perikanan.

 

Menandatangani bagi pihak KR Apollo Sendirian Berhad ialah Pengerusi syarikat berkenaan, Yang Amat Mulia Pengiran Kerma Raja Pengiran Haji Kamarulzaman bin Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar Pengiran Haji Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Tuan Eric Ng.

 

Sementara itu, Jabatan Perikanan diwakili oleh Pengarahnya, Awang Haji Abdul Halidi bin Haji Md. Salleh dan Pemangku Timbalan Pengarah Perikanan, Dayang Mariani binti Haji Sabtu.

 

Projek KR Apollo Sendirian Berhad ditempatkan di kawasan seluas 12 hektar di Tapak Akuakultur Airtawar, Sungai Jambu akan memperkenalkan teknologi baharu ke negara ini, iaitu pemeliharaan ikan secara bertingkat (multitier recirculation aquaculture system), menggunakan sistem air kitaran-semula (recirculating aquaculture system) dan 'high density intensive aquaculture' yang membolehkan peningkatan produktiviti aktiviti akuakultur ke tahap yang jauh lebih tinggi dari sistem akuakultur konvensional (dari 20 tan metrik sehektar setahun sistem konvensional menjadi 400 tan metrik sehektar setahun).

 

Teknologi tersebut merupakan teknologi moden bagi ternakan / penghasilan ikan laut di kawasan bandar, di mana ia akan menghasilkan secara maksima dengan kawasan yang minima.

 

Teknologi yang diperkenalkan dari operasi Syarikat Apollo Aquarium Pte Ltd, Singapura itu akan meningkatkan akuakultur dan penghasilan ikan yang kompetitif serta menjanjikan pasaran eksport ikan akuakultur dan ikan hiasan, bukan saja ke Republik Singapura malah ke pasaran-pasaran antarabangsa termasuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

 

Misi dari Singapura berkenaan dijangka akan membuka luas peluang pelaburan dan perniagaan yang lebih kukuh dalam kalangan pelabur juga peniaga tempatan serta Singapura, khususnya dalam sektor sumber-sumber utama dan berkaitan dengannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54