Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap
KEBAWAH DYMM berkenan menerima mengadap Tuan Andrew Faulkner yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 10 Mac ini, dan Puan Ceri Powell yang bakal memulakan perkhidmatannya sebagai Pengarah Urusan BSP pada 13 Mac ini. | Foto : Mohd. Sahrizal Haji Mohd. Said, Pelita Brunei
February 14th, 2017 | 07:59 AM | 1034 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pengarah Urusan Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP) yang akan menamatkan perkhidmatannya dan bakal Pengarah Urusan BSP yang baharu.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Tuan Andrew Faulkner yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 10 Mac ini dan Puan Ceri Powell bakal Pengarah Urusan BSP yang akan memulakan perkhidmatan pada 13 Mac depan.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng serta Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.
Majlis tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]