Home > Bahasa Melayu
Pelihara keindahan, kehijauan kawasan riadah
February 15th, 2017 | 08:14 AM | 1220 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BERAKAS, Selasa, 14 Februari. - Persatuan Green Brunei dengan kerjasama Standard Chartered Bank Brunei (SCB) dan Jabatan Perhutanan telah mengadakan kegiatan penanaman pokok bertempat di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, di sini.
Lebih 40 orang menyertai penanaman sebanyak 100 pohon pokok jenis Ru Laut dan Baru-Baru.
Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari ketika ditemui oleh Pelita Brunei berkata kegiatan seumpama ini dapat memupuk rasa cinta terhadap bumi dan alam sekitar di samping memberi kesedaran tentang bahaya pertukaran iklim dan pemanasan global selain memelihara keindahan dan kehijauan kawasan riadah bagi kegunaan orang ramai.
Kegiatan ini ujarnya, juga diselajurkan dengan membersihkan persisiran pantai.
Menyentuh mengenai sampah di persisiran pantai, Yang Berhormat menjelaskan, masyarakat Brunei harus memahami dan menanamkan sikap untuk tidak membazir dan mendidik diri mereka dalam kaedah serta jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula.
''Tanggungjawab dalam kebersihan, iaitu tidak membuang sampah di merata tempat itu bermula dari diri sendiri. Sebagai individu, kita harus lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar kita,'' tegasnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]