FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ke arah pembangunan keluarga 'sakinah mawaddah warahmah'


 


 February 15th, 2017  |  08:15 AM  |   1146 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Februari.- Pendidikan anak bermula dari keluarga di mana menyediakan persekitaran yang baik dan Islamik serta melahirkan generasi yang berdisiplin dan bertanggungjawab merupakan peranan utama institusi keluarga.

 

Justeru itu, peranan dan tanggungjawab 'Akauntabiliti Keluarga untuk Tarbiah Anak Sekolah' itu dilihat dari aspek berpakaian dan adab mengikut sunnah di samping melakukan aktiviti Islamik, interaksi dan kemesraan.

 

Perkara itu antara inti pati Jerayawara Fiqh al-Usrah bertajuk 'Akauntabiliti Keluarga untuk Tarbiah Anak Sekolah' yang disampaikan oleh Pemangku Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Basar di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM), di sini.

 

Hadir pada jerayawara tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung dari DBM serta pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.

 

Turut disampaikan ialah perkongsian mengenai tajuk 'Pendidikan Al-Qur'an dalam Keluarga' yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha manakala moderator oleh Pengarah Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam KUPU SB, Awang Mohd. Baihaqy bin Haji Awang Yussof.

 

Sementara itu, Pengarah Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah, Dayang Hajah Aisyah Radhiah binti Haji Gani dalam ucapannya berkata, tujuan jerayawara itu adalah untuk menyalurkan perkhidmatan dan sumbangan akademik ke arah pembangunan keluarga 'sakinah mawaddah warahmah'.

 

Beliau berharap jerayawara itu akan dapat memberikan manfaat dan tip yang berguna kepada masyarakat amnya dan selaku pemimpin akar umbi khasnya dalam memantau institusi kekeluargaan dan sekali gus memainkan peranan sebagai masyarakat prihatin demi menjayakan wawasan negara.

 

Jaulah Fiqh al-Usrah anjuran Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah KUPU SB dengan kerjasama JDBM, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri diharap akan menjadi medan pencerahan dan penyebaran ilmu berkaitan dengan kekeluargaan dari aspek pendidikan, undang-undang, bimbingan dan kaunseling, psikologi, sosiologi dan tanggungjawab individu dalam keluarga dan masyarakat dengan menekankan tarbiyah Islamiyyah sebagai asas dan pegangan hidup.


 
Menerusi jerayawara itu akan dapat memberikan penjelasan tentang ilmu keibubapaan dan pendidikan kekeluargaan dalam konteks Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir, di samping mengetengahkan pengetahuan berkaitan peranan setiap warga terhadap pendidikan kekeluargaan, undang-undang keluarga dan cabaran dalam era teknologi maklumat (IT).

 

Ia juga bagi menjalin kerjasama dan hubungan baik antara Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah KUPU SB dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan masyarakat serta memupuk kerjasama yang erat di antara KUPU SB dengan kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah di seluruh negara.

 

Jerayawara ini akan dilaratkan di keempat-empat daerah yang mana masyarakat perlu peka dan mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing termasuk dalam menangani krisis rumahtangga, keruntuhan keluarga, pengabaian tanggungjawab dan sebagainya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17