FacebookInstagramTwitterContact

 

Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>           Joe Biden signs the bill that could ban TikTok in the United States           >>           EU's new right-to-repair rules force companies to repair out-of-warranty devices           >>           Yokohama F. Marinos Do It The Hard Way But They Are Finally In An AFC Champions League Final           >>           HernĂ¡n Crespo Exacts Revenge On Al Hilal As Al Ain Reach AFC Champions League Final           >>           PSV Want USMNT's Dest Despite Confirming Serious Knee Injury           >>           Late Milik Strike Sends Juventus Into Coppa Italia Final           >>           Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable           >>           Tesla Profits Slump By More Than A Half           >>           Lloyds Hit As Banks Compete For Mortgage Customers           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mesyuarat bincang hal ehwal urusan haji


 


 February 15th, 2017  |  08:16 AM  |   1092 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Februari. - Mesyuarat Pengurusan Haji Tahunan antara lain membincangkan mengenai hal ehwal urusan haji, penempatan, pengangkutan, penyediaan dan kemudahan-kemudahan bagi kebajikan dan keselesaan bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam pada Musim Haji Tahun 1438 Hijrah nanti.

 

Sehubungan itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan rombongan semalam berlepas ke Jeddah, Arab Saudi bagi menghadiri Mesyuarat Pengurusan Haji Tahunan dengan Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Yang Berhormat Dr. Mohammed Salih bin Tahir Bentin.

 

Mesyuarat yang dikelolakan oleh Kementerian Haji, Kerajaan Arab Saudi berkenaan adalah merupakan Mesyuarat Tahunan Peringkat Menteri-Menteri dengan negara-negara yang akan menghantar jemaah hajinya bagi Musim Haji Tahun 1438H ini.

 

Menyertai Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dalam rombongan tersebut ialah Pemangku Pengarah Urusan Haji, Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad dan Awang Haji Abd Nasir bin Haji Bolhassan, wakil Syarikat Penerbangan Diraja Brunei.

 

Seterusnya, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama akan meneruskan perjalanannya ke Kaherah, Republik Arab Mesir bagi mengadakan kunjungan hormat serta rundingan dengan Yang Berhormat Fadhilatus Sheikh Al-Imam Al-Akbar Ustaz Doktor Ahmad At-Tayyib, Sheikh Al-Azhar, Republik Arab Mesir.

 

Kunjungan bertujuan untuk memperkukuhkan lagi dan mengadakan perundingan bagi meningkatkan lagi kerjasama dua hala Negara Brunei Darussalam yang sedia terjalin dengan pihak Al-Azhar As-Sharif.

 

Akan menyertai Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama ke kunjungan dan perundingan itu nanti ialah Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19