Home > Bahasa Melayu
Penubuhan 'Income Tax Board of Review'
February 15th, 2017 | 08:17 AM | 1797 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi penubuhan Income Tax Board of Review.
Penubuhan Income Tax Board of Review ini bertujuan untuk memperkesankan lagi pentadbiran dan operasi percukaian di Negara Brunei Darussalam selain memperkenalkan proses baharu yang mana lembaga ini akan mendengar, meneliti dan memberi keputusan ke atas kes bantahan daripada syarikat-syarikat terhadap taksiran Pemungut Cukai Pendapatan.
Pada masa yang sama, ia juga akan mewujudkan sistem pentadbiran cukai korporat yang lebih tulus dan saksama kerana kes-kes bantahan tersebut akan diteliti oleh sebuah badan bebas.
Syarikat boleh mengemukakan rayuan mereka secara bertulis kepada Setiausaha Income Tax Board of Review, Pejabat Income Tax Board of Review di Tingkat 4, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan BB3910, Negara Brunei Darussalam.
Bayaran sebanyak BND200.00 dikenakan bagi setiap kes rayuan.
Maklumat lanjut mengenai proses rayuan boleh didapati di laman sesawang Kementerian Kewangan di www.mof.gov.bn.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]