FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tiga perubahan utama dalam pendidikan negara


 


 February 16th, 2017  |  08:25 AM  |   1128 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Februari. - Dalam usaha memastikan Kementerian Pendidikan memberi pendidikan yang holistik kepada pelajar-pelajar secara berterusan bermula dari peringkat rendah sehinggalah ke pengajian tinggi sesuai dengan potensi serta keperluan setiap pelajar, Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN 21) telah pun dilaksanakan sejak 2009 dan merupakan tunggak utama Kementerian Pendidikan dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.

 

Oleh yang demikian, dalam pelaksanaan SPN 21, tiga perubahan utama digariskan dalam Sistem Pendidikan Negara, iaitu Kurikulum dan Penilaian (Curriculum and Assessment), Struktur Sistem Pendidikan serta Pendidikan Teknik dan Vokasional.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada Sesi Muzakarah bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bertempat di salah sebuah hotel, di sini.

 

Yang Berhormat menegaskan, inisiatif-inisiatif dan usaha-usaha Kementerian Pendidikan yang dikongsikan merupakan usaha yang terkandung dalam SPN 21, iaitu bagi perancangan jangka masa sederhana dan panjang, sejajar dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan seperti dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan juga bagi memenuhi aspirasi negara dalam Wawasan Brunei 2035.

 

Di samping usaha yang dilaksanakan, katanya, Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Index (KPI) agar kita dapat menilai tahap mencapaian dan 'outcome' yang dihasratkan.

 

Yang Berhormat menerangkan bahawa di peringkat pendidikan rendah, seramai 4,665 calon Sekolah Kerajaan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan peningkatan peratus yang mencapai gred 'A' hingga gred 'C' bagi semua mata pelajaran adalah sebanyak 64.57 peratus, iaitu peningkatan sebanyak 1.69 peratus dari tahun sebelumnya.

 

Walau bagaimanapun, tambahnya, tidak dapat dinafikan bahawa sasaran untuk mencapai peratus gred 'A' hingga gred 'C' dalam dua tahun kebelakangan ini tidak tercapai, Kementerian Pendidikan tidak berputus asa dan terus berusaha melalui Inisiatif Pendidikan Rendah (Primary Education Initiatives - PEI) untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar kitani di peringkat PSR.

 

Di peringkat menengah pula, jelasnya, daripada 7,023 calon yang menduduki peperiksaan ini, seramai 3,036 calon atau 43.23 peratus berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 4 kredit 'O' level / IGCSE.

 

"Seramai 1,071 calon atau 15.25 peratus mendapat 8 ke 11 kredit 'O' level / IGCSE. Manakala seramai 2,497 calon atau 35.55 peratus mendapat 5 ke 11 kredit 'O' level / IGCSE.  Keramaian yang memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' level dalam kalangan calon-calon sekolah kerajaan mencapai 37.01 peratus," ujar Yang Berhormat.

 

Manakala di peringkat pasca menengah, tambah Yang Berhormat, bagi pelajar Tingkatan Enam, seramai 1,796 pelajar di bawah Kementerian Pendidikan telah menduduki Peperiksaan Brunei - Cambridge GCE 'A' Level. 

 

Secara keseluruhan, Yang Behormat menyatakan seramai 1,574 orang pelajar atau 87.64 peratus pelajar mendapat sekurang-kurangnya 2 'A' level, iaitu peningkatan sebanyak 3.26 peratus dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

 

Yang Berhormat seterusnya menyentuh mengenai peringkat institusi pendidikan teknik dan vokasional, yang mana dalam tempoh tiga tahun kebelakangan 2014 sehingga 2016, menunjukkan IBTE terus menjadi tumpuan pelajar untuk mengikuti program berkaitan dengan teknikal dan vokasional, iaitu seramai 2,385 (2014); 2,525 (2015) dan 2,124 (2016).

 

"Manakala, graduan yang berjaya menamatkan pengajian di IBTE dari 2014 sehingga 2016 adalah seramai 7,149 orang," terangnya.

 

Beliau juga menyentuh mengenai beberapa pencapaian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dapat dilihat, yang mana pada tahun lepas sahaja, Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengeluarkan seramai 3,719 graduan; Universiti Teknologi Brunei (UTB) seramai 1,402 graduan; Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) seramai 329 graduan dan Politeknik Brunei (PB) seramai 1,273 graduan.

 

Dalam keadaan masa kini yang agak mencabar, Yang Berhormat menegaskan tanggungjawab utama Kementerian Pendidikan dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak Brunei yang bakal menerajui negara tetap menjadi keutamaan.

 

Sehubungan itu, tambahnya, Kementerian Pendidikan akan sentiasa gigih meneruskan usahanya dalam meningkatkan kualiti pendidikan di semua peringkat pendidikan bagi melahirkan Sumber Tenaga Manusia yang berkualiti tinggi dan berkemahiran yang mampu berusaha ke arah mempelbagaikan sumber ekonomi negara.

 

Yang Berhormat yakin idea-idea yang besar adalah diperlukan bukan sahaja dari pihak Kementerian Pendidikan, tetapi juga dalam kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik.

 

"Usaha ini adalah sangat penting dalam memastikan negara mampu berdaya tahan dan berdaya saing (resilient and competitive). Ke arah itu, cetusan-cetusan minda dan idea-idea yang kreatif dan 'always being resourceful' mampu memberikan keberhasilan yang sangat signifikan," katanya lagi.

 

Melalui Sesi Muzakarah tersebut, diharap akan dapat memberikan peluang kepada kita semua bersuai kenal dan memahami Kementerian Pendidikan khususnya mengenai isu-isu, inisiatif, aktiviti dan cabaran yang dihadapi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16