FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat ke Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun


 


 February 19th, 2017  |  07:38 AM  |   1716 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis Diraja Negara Brunei Darussalam  berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun yang berlangsung di Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), di sini.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Inspektor Jeneral Polis dan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pesuruhjaya Polis Kehormat; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Timbalan Komandan Polis Wanita.

 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Padang Kawad Pusat Latihan PDB dijunjung oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.

 

Sejurus keberangkatan, Kebawah DYMM  menerima tabik Hormat Diraja dan diikuti dengan memeriksa perbarisan kontinjen-kontinjen Pasukan PDB.

 

Kontinjen-kontinjen perbarisan berkenaan melibatkan seramai 932 anggota polis dari jabatan-jabatan dan formasi-formasi di dalam Pasukan PDB di bawah Pegawai Pemerintah Perbarisan, Penguasa Polis Mazalan bin Haji Awang Yaakub.

 

Kebawah DYMM kemudian berkenan mengurniakan titah diikuti dengan Kawalan Kehormatan dan Rombongan Panji-Panji Pasukan PDB dalam tutup barisan dan berjalan lalu di hadapan Pentas Diraja dengan gerak perlahan dan cepat.

 

Acara diteruskan dengan ikrar taat setia oleh Pasukan PDB yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Pengarah Gerakan, Penguasa Kanan Polis, Chipli bin Haji Mohammad.

 

Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Pemangku Pegawai Jenayah Daerah Polis Belait, Penolong Penguasa Polis Mohammad Amiruddin bin Haji Tunjang.

 

Kebawah DYMM serta kerabat diraja yang lain kemudian berangkat ke Bangunan Ibu Pejabat Pasukan PDB bagi Majlis Perasmian bangunan tersebut.

 

Terdahulu, Kebawah DYMM berkenan menerima junjung ziarah dari mantan-mantan Pesuruhjaya Polis.

 

Baginda seterusnya dijunjung oleh Pesuruhjaya Polis untuk merasmikan Bangunan Ibu Pejabat Pasukan PDB diikuti dengan laungan takbir 'Allahu Akbar' sebanyak tiga kali diikuti dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pegawai Penyelia Detektif Daerah Polis Belait, Penolong Penguasa Polis, Mohammad Aimi Safwan bin Zalidin.

 

Kebawah DYMM kemudiannya dijunjung untuk menandatangani Plak Perasmian Bangunan Ibu Pejabat Pasukan PDB dan menerima pesambah kenangan daripada seluruh pegawai dan anggota pangkat rendah yang berupa 'Tongkat Kayu Malam Bertampuk Emas Lima Bintang' yang melambangkan keteguhan peneraju pasukan dalam menegakkan keadilan, keamanan serta ketenteraman negara.

 

Seterusnya, Kebawah DYMM serta kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Pesuruhjaya Polis untuk bergambar kenangan bersama Timbalan Menteri, Setiausaha Tetap, Pesuruhjaya Polis, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pengarah-Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah Pasukan PDB.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM berkenan melawat ke Tingkat 2 Bangunan Ibu Pejabat PDB iaitu Pejabat Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan; Bahagian Latihan, Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan; Bahagian Keanggotaan & Perancangan Kerjaya, Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan.

 

Baginda seterusnya berkenan melawat ke Tingkat 4 iaitu, Pejabat Pesuruhjaya Polis dan Pejabat Timbalan Pesuruhjaya Polis serta menyaksikan pameran cap dan pedang dan kemudiannya berkenan menandatangani Lembaran Kenangan.

 

Bangunan Ibu Pejabat Pasukan PDB yang bernilai lebih BND20 juta itu mula dibina pada bulan Jun 2010 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2014.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12