Home > Bahasa Melayu
DPMM berkenan berangkat saksikan kejohanan renang
February 20th, 2017 | 08:50 AM | 1483 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 19 Februari. - Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Ke-2 anjuran Persatuan Renang Amatur Brunei (BASA) diadakan petang tadi di Kolam Renang, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), di sini.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan kejohanan tersebut.
Turut berangkat, anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia, iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.
Berangkat menyertai kejohanan pada hari kedua berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim mewakili ISB Hammerheads berjaya mencatat rekod baharu dalam Acara
Individu Medley 100 Meter dengan catatan masa 1 minit 47.68 saat.
YTM juga menyertai Acara Gaya Bebas 50M dengan mencatat masa 39.16 saat.
Kejohanan renang yang berlangsung selama dua hari tersebut berakhir hari ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]