FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PDI beri pengajaran sepanjang hayat kepada saudara baharu


 


 February 22nd, 2017  |  07:39 AM  |   1110 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 Februari. - Skim Bimbingan Asas Saudara-Saudara Baharu 14 Hari Siri Ke-186 (Perempuan) yang bermula 6 Februari 2017 berakhir dengan Majlis Penutup berlangsung di Bilik Mu'izzah, Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Ketua Bahagian Pembangunan Muallaf, Dayang Hajah Siti Rahmah binti Haji Julaihi.

 

Semasa berucap di majlis tersebut beliau menyatakan Skim Bimbingan Asas tersebut merupakan kesinambungan dari Kursus Bimbingan Pengenalan Islam selama 10 hari yang selepas ini akan dilanjutkan dengan Skim Bimbingan Lanjutan I dan Skim Bimbingan Lanjutan II.

 

PDI melalui Unit Tarbiyah Muallaf, Bahagian Pembangunan Muallaf jelasnya sentiasa membantu para muallaf dari segi bimbingan mengikut keperluan semasa dan mengikut kapasiti keperluan tenaga manusia yang ada.

 

''Mata pelajaran yang diajarkan adalah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan bagi Skim Bimbingan Asas berkenaan yang meliputi pelajaran teori dan praktikal seperti Pelajaran Tauhid, Pelajaran Fiqh, Muqadam, Akhlak, Kebersihan, Makanan dalam Islam, Pelajaran Hafalan dan Praktikal Ibadah.

 

''Di samping itu, para peserta juga berpeluang belajar tentang kekeluargaan dalam Islam serta teori dan praktikal cara menyempurnakan jenazah orang Islam,'' terangnya.

 

Beliau seterusnya menambah, PDI telah berusaha untuk memberikan Pengajaran Sepanjang Hayat (Long Life Learning) iaitu dengan mewujudkan Kelas Bimbingan Muallaf (KBM) yang akan berjalan setiap Jumaat dan Ahad sepanjang tahun kecuali hari cuti kelepasan awam dan hari-hari cuti persekolahan.

 

Ini menurutnya, bertujuan untuk memastikan semua muallaf di negara ini mendapat bimbingan ugama yang berterusan dan tanpa dihadkan umur.

 

Melalui KBM juga akan diadakan beberapa Majlis Ilmu mengikut sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam.

 

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua para muallaf yang belum memasuki KBM, supaya akan mendaftar ke kelas berkenaan dan seterusnya berharap usaha yang dilakukan oleh PDI itu akan dapat melahirkan para muallaf yang betul-betul menghayati dan mempraktikkan ajaran ugama Islam dalam kehidupan seharian.

 

Antara objektif Skim Bimbingan Asas Saudara-Saudara Baharu adalah untuk mengadakan pemedulian moral, spiritual, dan psikologi terhadap saudara-saudara baharu bagi menjamin kekekalan dalam ugama Islam.

 

Selain itu ianya juga untuk membantu mereka memahami dan mempelajari ajaran-ajaran asas ugama Islam bagi mengukuhkan pegangan mereka terhadap ugama Islam di samping membantu mereka menghayati dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam dengan cara menjalani latihan praktikal dalam amal ibadat serta membiasakan mereka dengan kehidupan cara Islam serta untuk memperlihatkan kepada orang-orang yang belum beragama Islam akan usaha-usaha dan pemedulian terhadap orang-orang muallaf ugama Islam.

 

Usaha-usaha itu diharapkan akan menjadi satu cara dakwah secara tidak langsung kepada orang orang yang belum berugama Islam.

 

Dayang Norhayati bin Muhammad Shukri dan ibunya, Dayang Nor Siti Fatimah binti Abdullah ketika ditemui Pelita Brunei berkata kursus seumpama ini banyak membimbing mereka dan berharap akan dapat meneruskan lagi kursus seumpama ini di masa akan datang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19