Home > Bahasa Melayu
DYTM berkenan menerima mengadap
February 22nd, 2017 | 07:41 AM | 1174 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 Februari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-Ketua Perwakilan yang baharu ke Negara Brunei Darussalam.
Majlis tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezan.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota mula-mula berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Air Vice Marshal Mahmud Hussain.
Sebelum ini, Tuan Yang Terutama bertugas sebagai Pengerusi Autoriti Penerbangan Awam Republik Rakyat Bangladesh.
Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Do Anh Tuan.
Tuan Yang Terutama pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah di Akademi Diplomatik Viet Nam, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Sosialis Viet Nam.
Sejurus selepas itu, DYTM berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun.
Tuan Yang Terutama sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah bagi Asia Selatan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Turki.
Akhir sekali, DYTM berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Marcal Avelino Ximenes.
Tuan Yang Terutama pernah bertugas sebagai Pensyarah Kanan di National University of Timor Lorosa'e.
Ketua-Ketua Perwakilan yang baharu ke Negara Brunei Darussalam telah menyembahkan Surat-Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Februari 2017.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]