FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Santap petang raikan puja usia DPMM


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima pesambah iaitu Tongkat Kayu Malam 4 Bintang yang disembahkan oleh Pesuruhjaya Polis. | Foto : Masri Osman & Hamzah Mohidin, Pelita Brunei

 


 February 22nd, 2017  |  07:42 AM  |   1576 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 Februari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Inspektor Jeneral Polis bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Ke-43 Tahun anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

 

Berangkat sama di majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong di sini ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

 

Keberangkatan tiba DYTM dan YTM berserta kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan Pemangku Sementara Timbalan Pesuruhjaya Polis, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

 

Pada majlis berkenaan, DYTM dan YTM berkenan beramah mesra bersama pegawai-pegawai kanan dan isteri masing-masing, diikuti dengan menandatangani 'Lembaran Kenangan Keberangkatan' disusuli dengan sesi bergambar ramai.

 

Sambutan puja usia DYTM dimeriahkan dengan majlis memotong kek diiringi dengan nyanyian puja usia oleh pasukan koir yang terdiri daripada pegawai-pegawai pasukan PDB.

 

Reka bentuk yang terdapat pada kek puja usia kali ini menunjukkan pangkat 4 bintang melambangkan pangkat DYTM selaku Timbalan Inspektor Jeneral Polis.

 

Setelah itu, DYTM seterusnya berkenan menerima pesambah iaitu Tongkat Kayu Malam 4 Bintang yang disembahkan oleh Pesuruhjaya Polis.

 

DYTM dan YTM serta kerabat diraja yang lain kemudiannya dijunjung ke Dewan Bankuet bagi Majlis Santap.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM dan YTM berkenan menerima junjung ziarah daripada suami dan isteri pegawai-pegawai polis serta anggota Pasukan PDB.

 

Majlis seumpama itu disambut setiap tahun bermulanya Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dilantik menjadi Timbalan Inspektor Jeneral Polis Pasukan PDB pada Hari Khamis, 25 Rabiulawal 1426 Hijrah bersamaan 5 Mei 2005 Masihi.

 

Seluruh anggota PDB, serta keluarga dengan penuh hormat dan takzim menyembahkan ucapan Selamat Hari Puja Usia Yang Ke-43 Tahun ke hadapan majlis DYTM dan berdoa ke hadrat Allah, semoga akan sentiasa melimpahkan kurnia kesihatan kepada DYTM berserta kerabat diraja.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17