FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majukan negara capai Wawasan 2035


 


 February 24th, 2017  |  07:49 AM  |   1307 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis,  23 Februari. - Tiga puluh tiga tahun Negara Brunei Darussalam (NBD) kini sudah meraikan Hari Kebangsaan setelah mencapai kemerdekaan sepenuhnya dan tiba masa kematangannya itu menyasarkan satu arah tuju yang lebih jitu dalam pembangunannya sebanding negara-negara yang pesat membangun.

 

Sambutan Hari Kebangsaan walaupun disambut setiap tahun, akan tetapi apa yang penting ialah motif utamanya bagi menaikkan lagi semangat patriotisme di sanubari setiap rakyat dan penduduk bagi sama-sama mengembleng ke arah memajukan negara terutama dalam sasaran kita mencapai Wawasan Negara 2035 dengan jayanya.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat, Awang Iswandy bin Ahmad semasa ditemui Pelita Brunei sangat menjunjung tinggi titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Sambutan Hari Kebangsaan NBD Kali Ke-33 yang antara lain menyentuh bahawa erti kemerdekaan adalah mendalam sebagai sejarah bangsa, bahkan seperti mahkota bangsa.

 

Yang Berhormat menjelaskan, sebagai rakyat di bumi Brunei Darussalam ini seharusnya mempertahankan kedaulatan serta mensyukuri usaha-usaha kerana kita dapat hidup dalam suasana aman dan damai.

 

Setiap rakyat katanya, perlu memainkan peranan di dalam menjayakan dan mencapai Wawasan 2035, menurut bidang masing-masing secara bekerjasama sebagai sebuah negara tidak kira dari sektor, umur dan latar belakang mana sekalipun.

 

Yang Berhormat juga selaku Yang Di-Pertua Majlis AIDS NBD seterusnya menambah sebagai salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini, pihak Majlis AIDS memainkan peranan di dalam menangani isu sosial dengan menyebarkan kesedaran mengenai HIV & AIDS, kehamilan remaja dan penyakit jangkitan hubungan kelamin.

 

''Mendukung salah satu pencapaian Wawasan 2035 iaitu kualiti kehidupan yang tinggi di kalangan 10 negara terbaik, maka usaha Majlis AIDS adalah membantu negara di dalam memastikan kes HIV dan AIDS terkawal serta orang-orang yang dijangkiti mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik.

 

''Ini dapat dilihat dengan inisiatif Majlis AIDS seperti menyebarkan kesedaran HIV dan perkara berkaitan di kalangan belia; memberikan bimbingan kepada kalangan ahli Majlis AIDS sebagai pemimpin muda di dalam kerja berpersatuan; serta melibatkan masyarakat di dalam bekerjasama bersama pihak kerajaan, swasta dan orang-orang persendirian di dalam mengadakan aktiviti kesedaran yang bersesuaian,'' ujarnya.

 

Manakala, Ahli MMN, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari ketika memberikan respons mengenai titah perutusan Kebawah DYMM yang menyentuh tentang nilai-nilai moral berkata kita sebagai rakyat perlulah mengamalkannya dalam usaha mencapai Wawasan 2035.

 

"Inilah sifat-sifat yang patut dilatih dari kecil lagi agar kita lebih beramanah dalam menjalankan tugas dan kehidupan seharian," jelasnya.

 

Usaha membangunkan negara tambahnya, melibatkan semua pihak tidak mengira bangsa dan agama, kita semua mempunyai tanggungjawab dan juga peranan dalam menyumbang kepada pembangunan mapan.

 

Sementara itu, salah seorang pegawai kerajaan berkata saranan Kebawah DYMM dalam titah perutusan itu bagi semua peringkat generasi di Negara Brunei Darussalam memahami erti sebenar kemerdekaan sewajarnya diberikan perhatian serius.

 

Awang Azman bin Haji Abdul Rahim berpendapat peringatan Kebawah DYMM agar kemerdekaan tidak dicuaikan, adalah sesuatu yang tinggi nilainya dari seorang pemimpin yang sentiasa ingin melihat anak bangsa sentiasa hidup di dalam suasana yang selesa, bahagia dan sejahtera.

 

''Kemerdekaan bukanlah satu perkara yang boleh diraih dengan mudah, tetapi memerlukan kesungguhan dan keazaman yang tinggi malahan pengorbanan yang seringkali mengakibatkan pertumpahan darah di dalam memperjuangkannya,'' jelasnya.

 

Beliau bersetuju bahawa perbuatan 'menyembaranakan' kemerdekaan sepertimana terkandung di dalam titah tersebut perlu dielakkan disebabkan ia boleh menjerumuskan negara kepada keburukan.

 

Dari itu, tambahnya, usaha-usaha perlu dipergiatkan agar masyarakat Brunei, khususnya generasi akan datang, dapat mengikuti program-program yang menjurus kepada pembentukan sikap insan menghargai dan menyayangi kemerdekaan.

 

Mengenai titah sempena sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-33 secara keseluruhan, Awang Azman selanjutnya berkata ketiga-tiga perkara yang disentuh oleh Kebawah DYMM iaitu tema sambutan - 'Menjayakan Wawasan Negara';  keburukan mekanisme yang 'korup' dan seruan bagi memahami erti sebenar kemerdekaan adalah tepat pada masanya serta jelas dan padat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54