FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Semangat jati diri belia bakal jayakan wawasan negara


 


 February 24th, 2017  |  07:50 AM  |   1188 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Februari . - Suasana di ibu negara seawal pagi lagi dimeriahkan dengan kehadiran ribuan peserta serta pengunjung dari segenap lapisan masyarakat termasuk pelancong asing bagi menyaksikan Acara Kemuncak Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-33 di Taman Sir Muda Haji Omar ‘Ali Saifuddien.

 

Walaupun hujan turun semasa berlangsungnya sambutan bekenaan, ia tidak menghalang para peserta perbarisan untuk mempamerkan semangat patriotisme mereka sebagai menghargai detik bersejarah tersebut.

 

Malahan, orang ramai juga tidak berganjak bagi menyaksikan perarakan sambutan yang bertemakan ‘Menjayakan Wawasan Negara’ itu.

 

Sokongan dan penglibatan rakyat khususnya generasi muda dalam sama-sama memeriahkan acara sambutan itu turut melambangkan semangat perpaduan yang kukuh dan rasa cinta mereka kepada negara.

 

Pelita Brunei berpeluang menemu bual beberapa peserta yang terlibat dalam acara perbarisan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-33 bagi mengongsikan ucapan mereka dalam menghayati tema sambutan pada tahun ini.

 

Dayang Syaffiz Syaffinaz Emydiora binti Haji Karim, 17 tahun berkata bahawa, golongan belia akan terus maju dan meningkatkan semangat jati diri demi menjayakan wawasan negara pada tahun ini sejajar dengan tema Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun ini.

 

Sementara itu, Dayang Lina Aqilah binti Haji Isa, 13 tahun berharap agar generasi berwawasan pada tahun ini akan menjadi lebih bersemangat dari sebelumnya sebagai langkah menuju ke arah mencapai Wawasan 2035.

 

Manakala, Dayang Siti Asmaa Nadzirah binti Raya, 22 tahun berharap bersempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 ini supaya negara ini akan kekal aman dan makmur di bawah naungan pemerintahan Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta dapat melahirkan lebih ramai generasi berwawasan.

 

Bagi Dayang Rina binti Ajak, beliau berharap agar rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam akan terus melangkah maju ke hadapan dalam sama-sama merealisasikan Wawasan Negara 2035.

 

Dalam pada itu, Awang Muhd. Fakhrul Lizam bin Haji Sahepol, 14 tahun, berkata tema Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 pada tahun ini mendorong kita untuk menanai tanggungjawab serta bersatu padu dan berdiri teguh demi menjayakan wawasan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54