FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sabah


  Home > Sabah


Yayasan Rumpun Bangsa Bajau Se-Malaysia Jadi Platform Perpaduan Masyarakat Bajau


Pengasas Yayasan Rumpun Bangsa Bajau SeMalaysia Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (kanan) melancarkan logo yayasan itu hari ini

 


 March 6th, 2017  |  10:39 AM  |   2579 views

KOTA KINABALU

 

Yayasan Rumpun Bangsa Bajau Se-Malaysia mahu bergerak sebagai sebuah platform bagi menyatupadukan masyarakat Bajau di negara ini, kata pengasasnya Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak.

 

Beliau berkata kesatuan dalam kalangan 26 sub-etnik kaum itu mampu mengatasi sebarang isu atau usaha yang boleh memecahbelahkan masyarakat berkenaan, yang terdiri daripada masyarakat beragama Islam, seperti masalah geopolitik.

 

"Kita tidak mahu ada ejen yang memecahbelahkan masyarakat Bajau di Malaysia seperti melagakan penduduk untuk menuntut wilayah bagi pihak mereka yang tidak berkenaan atau membezakan kaum Bajau di kawasan tertentu dengan kawasan yang lain.

 

"Yayasan ini berperanan untuk mengukuhkan semangat tali persaudaraan dan persamaan antara sub-etnik kaum Bajau agar situasi dan tanggapan negatif yang sering dikaitkan dengan kaum ini dapat dihindarkan," katanya ketika melancarkan logo yayasan itu di sini hari ini.

 

Beliau berkata yayasan itu juga akan memberi fokus kepada tiga aspek iaitu pendidikan, ekonomi dan kebajikan masyarakat.

 

Saidatul Badru berkata, walaupun masyarakat Bajau di negara ini berasal dari Sabah, tetapi ramai antaranya kini berada di setiap pelosok negara dan terlibat dalam pelbagai bidang pekerjaan.

 

Bagaimanapun, beliau sedih apabila masyarakat itu sering dikaitkan dengan jenayah seperti pengambilan dadah kerana tahap pendidikan kebanyakan masyarakat Bajau masih rendah.

 

"Sebab itulah yayasan ini ditubuhkan, iaitu untuk membantu dan menyerlahkan lagi kualiti masyarakat Bajau, di samping mendidik generasi Bajau sekarang mengenai asal usul mereka.

 

"Yayasan ini juga akan bergerak menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sama ada dari segi memperkasakan ekonomi masyarakat itu mahupun membantu golongan yang terkena musibah," katanya.

 

Terdahulu, pengamanah yayasan itu Datu Ariffin Datu Ibrahim berkata yayasan itu akan menyokong sebarang usaha kerajaan dalam membangunkan negara.

 

Katanya, langkah itu juga adalah bagi memastikan masyarakat Bajau tidak ketinggalan dalam menikmati pembangunan.

 

Sementara itu, seorang lagi pengamanah Nismah Marassan berkata yayasan yang ditubuhkan pada 5 Okt lalu itu menghimpun pelbagai persatuan berkaitan dengan masyarakat Bajau.

 

Yayasan berkenaan mempunyai dua lagi pengamanah iaitu Siti Alam Anuar dan Muhammad Irfan Dutchan, yang dilantik dari badan bukan kerajaan yang aktif dalam memartabatkan kaum Bajau.

 

Mengenai logo yang dilancarkan, Nismah berkata lambang yang sinonim dengan semua sub-etnik Bajau digunakan seperti gong iaitu lambang penyatuan masyarakat kaum itu, lepa atau kapal menunjukkan perhubungan dalam usaha menyebarkan ilmu dan agama.

 

Panji Bajau pula menandakan keharmonian dan keceriaan masyarakatnya manakala laut pula ialah lambang kekayaan warisan budayanya.

 

Turut terdapat pada logo dengan moto 'Merumpun Bangsa Ilmuwan' itu ialah Jalur Gemilang yang melambangkan kesatuan masyarakat itu sendiri dalam negara Malaysia, katanya.   - BERNAMA

 


 

Source:
courtesy of THE BORNEO POST

by BERNAMA

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17