Home > Bahasa Melayu
Peruntukan dua jabatan meningkat
YANG Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.| Foto : Hernie Suliana Haji Othman, Muhammad Asri Haji Awang Abas
March 12th, 2017 | 06:24 AM | 1214 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 Mac. - Di bawah tajuk Pelesenan dan Penguatkuasaan bagi Bandar Seri Begawan (BSB), anggaran Belanjawan 2016-2017 adalah sebanyak BND764,230 meningkat kepada BND808,547 bagi tahun 2017-2018, manakala Daerah Tutong pula meningkat daripada BND216,354 bagi Tahun Kewangan 2016-2017 kepada BND219,750 bagi Tahun Kewangan 2017-2018.
Demikian dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa menjawab persoalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi bin Abdul Haadii pada Musim Permesyuaratan Ke-13 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada hari kelima yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.
Peningkatan peruntukan di Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan tersebut, jelas Yang Berhormat adalah disebabkan penyerapan beberapa unit kepada satu unit yang besar bagi penstrukturan jabatan yang lebih efektif dan berkesan, dalam masa yang sama penstrukturan ini juga menyerapkan dan menyatupadukan jumlah peruntukan keseluruhan yang melibatkan pemeliharaan dan pembersihan aset-aset bangunan dan kawasan-kawasan dalam Lembaga Bandaran BSB.
''Manakala bagi Daerah Tutong, peningkatan berkenaan adalah bagi mendukung program-program pembarigaan penguatkuasaan bagi meningkatkan kesedaran peniaga-peniaga mengenai peraturan-peraturan yang berkuat kuasa pada masa ini, penguatkuasaan kebersihan di tempat awam dan premis-premis perniagaan di bawah kawalan Jabatan Lembaga Bandaran Daerah Tutong,'' terang Yang Berhormat.
Ia juga untuk meningkatkan lagi kualiti restoran-restoran dan kedai makan di bawah kawalan Lembaga Bandaran dengan memberikan taklimat dan bengkel kepada pemilik, pengurus dan penyelia restoran mengenai kepentingan meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan dan kebersihan premis dan pengendalian restoran dan kedai makan bagi meyakinkan pelanggan-pelanggan serta menyediakan kemudahan-kemudahan asas dan penyeliaan Gerai Malam, dan Gerai Ramadan di Pekan Tutong, ujar Yang Berhormat lagi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]