FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Generasi muda penyelamat masa depan


YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman selaku Penaung Diraja BGIC ISB semasa berkenan mengurniakan sabda bagi merasmikan BGIC Ke-13.| Foto : Masri Osman

 


 March 12th, 2017  |  06:27 AM  |   1184 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 Mac. - Perubahan iklim telah menjejaskan kesihatan orang awam, alam sekitar, keselamatan makanan dan air, penghijrahan, keamanan dan keselamatan.

 

Jika realiti ini dibiarkan, semua pembangunan yang telah dicapai oleh masyarakat dunia dalam beberapa dekad yang lalu akan menjadi sia-sia, dan untuk itu perlunya usaha untuk bertindak dengan segera menangani isu ini.

 

Demikian sabda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman pada Persidangan Isu-Isu Global Borneo (Borneo Global Issues Conferences (BGIC)), Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) Kali Ke-13 berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

 

Ketika kemiskinan masih lagi menjadi cabaran utama global sabda YTM, langkah-langkah bagi menamatkannya perlu seiring dengan menangani keperluan bagi berjuta penduduk dunia yang masih mempunyai akses kepada pendidikan, kesihatan, perlindungan sosial dan pekerjaan.

 

YTM bersabda, tema persidangan tahun ini iaitu 'Memastikan penggunaan dan corak pengeluaran yang mapan', mengingatkan masyarakat bahawa, walaupun kita perlu terus menggalakkan pembangunan untuk menamatkan kemiskinan global dan ketidaksamaan, namun kegagalan dalam melaksanakannya akan menyebabkan kemudaratan bagi generasi akan datang.

 

Dalam hubungan ini, YTM berbangga kerana para pelajar yang mengambil bahagian untuk menjalankan persidangan ini, menunjukkan bagaimana mereka memikul tanggungjawab besar untuk memastikan masa depan yang makmur dan berdaya tahan untuk generasi masa kini dan juga akan datang.

 

YTM menambah sabda, generasi muda adalah merupakan generasi harapan untuk menyelamatkan masa depan dan kesejahteraan bumi ini.

 

Untuk itu sabda YTM, dalam usaha merealisasikan potensi penuh mereka, kita perlu meningkatkan kesedaran para pelajar mengenai isu-isu yang akan dihadapi oleh dunia, serta melengkapkan mereka dengan kepakaran untuk menyelesaikannya.

 

''Kita perlu sentiasa membina kapasiti mereka untuk menjadi agen perubahan. Pendidikan adalah lebih jauh daripada apa yang dipelajari dalam bilik darjah dan aktiviti-aktiviti seperti BGIC dapat meningkatkan lagi kemahiran hidup yang penting merangkumi komunikasi, keyakinan, perundingan, rangkaian dan pembangunan keperibadian,'' sabda YTM yang juga merupakan Penaung Diraja BGIC ISB.

 

YTM seterusnya bersabda melahirkan harapan, melalui penyertaan aktif pelajar-pelajar dalam format Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini akan membolehkan mereka untuk menggunakan perspektif pemimpin-pemimpin dunia dan menyemai dalam diri mereka pemahaman yang kukuh tentang bagaimana perbahasan, perundingan, protokol, persefahaman dan tolak ansur.

 

Negara tambah sabda YTM, perlu memberikan belia-belia lebih banyak lagi platform seperti BGIC untuk mereka bertindak menurut naluri dan tanggungjawab yang boleh menggerakkan mereka.

 

Yang Teramat Mulia menyeru pelajar-pelajar yang menyertai BGIC untuk lebih yakin dalam menyuarakan pendapat mereka, bertimbang rasa dalam mengambil kira pandangan orang lain dan sentiasa menyedari akan realiti yang masih dihadapi oleh sesetengah orang dalam kehidupan seharian dan bagaimana kita boleh membantu mereka, tidak kira di mana mereka berada.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16