FacebookInstagramTwitterContact

 

These 3 Stars Are Losing Weight Fast — Thanks To Stellar Winds Way Stronger Than The Sun's           >>           Tesla is reportedly laying off more than 10 percent of its workforce           >>           Adobe previews AI object addition and removal for Premiere Pro           >>           Zinc Supplementation Can Benefit Individuals With Erectile Dysfunction, Reveals Study           >>           Shiitake Mushrooms Are A Powerful Medicinal Superfood           >>           Regular Exercise Can Significantly Lower Your Risk Of Developing Cancer           >>           Various Knowledge Learned Prior To Open a Business           >>           Kobe Bryant’s Daughter Natalia Details How Parents Made Her A Taylor Swift Fan           >>           Pregnant Jenna Dewan Seeking Millions From Ex Channing Tatum’s Magic Mike Income           >>           This Is Why Dozens Of Men Decided To Tie Their Moustaches Together           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Walk, Run & Cycle meriahkan Bandarku Ceria


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bersama Menteri Pendidikan menyertai Acara Berbasikal 12KM bersama orang awam pada acara sukan amal 'Walk, Run & Cycle'.| Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 March 13th, 2017  |  07:22 AM  |   1305 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 Mac. - Bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Bandarku Ceria yang diadakan pada setiap minggu hari Ahad, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam menganjurkan acara sukan amal ‘Walk, Run & Cycle’ yang bermula dan berakhir di Taman Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, di sini.

 

Hadir melancarkan Acara Berbasikal 21 Kilometer ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Campbell melancarkan Acara Berbasikal 12Km dan Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Awang Haji Mohd Alimin bin Haji Abd Wahab pula melancarkan acara larian.

 

Antara yang menyertai acara tersebut itu juga ialah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bersama dengan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dalam Acara Berbasikal 12Km.

 

Beberapa acara lain juga turut dipertandingkan antaranya ialah Larian 12Km dan 21Km; Fun Run 3Km dan 5Km; Ekspedisi Berbasikal 12Km dan 21Km; Cycle Race – King of Criterium (KoC) Di Bawah 23 Tahun; Terbuka 24 - 39 Tahun; Master ‘A’ 40 - 49 Tahun; Master ‘B’ 50 Tahun Ke Atas; Terbuka Wanita; Novis 39 Tahun Ke Bawah; dan Novis 40 Tahun Ke Bawah.

 

Aktiviti Pusat Ehsan dengan kerjasama Cycletechno Event Management Solutions antara lain bertujuan untuk mengumpul dana dalam mendukung perkhidmatan dan program yang berkaitan dengan pembelajaran, latihan, pemedulian bantuan dan perkhidmatan pemulihan bagi orang yang berkeperluan khas, selain ia juga bagi membantu inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam Program Bandarku Ceria di ibu negara dengan mengadakan acara bagi orang ramai di negara ini.

 

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mendapat kewangan khusus untuk mengisi Tabung Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, yang mana keseluruhan kewangan yang diperolehi itu nanti akan dimanfaatkan untuk menampung dan membiayai perbelanjaan dan perkhidmatan yang telah dan akan dirancang untuk dilaksanakan bagi menangani kesejahteraan insan-insan istimewa di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

 

Selain itu, ia juga bagi menarik perhatian daripada pengunjung-pengunjung awam, orang ramai, para pelancong asing yang datang ke negara ini dan yang berminat untuk sama-sama menyertai acara berkenaan dan bagi menerapkan rasa kesedaran dan penglibatan orang awam dalam membantu orang-orang berkeperluan khas.

 

Dalam pada itu, sebanyak tujuh buah basikal termasuk Mountain Bike turut disediakan bagi para peserta yang menyertai Acara Walk, Run & Cycle tersebut yang berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah berkenaan pada cabutan bertuah yang diadakan pada akhir acara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Boy, 15, Arrested After Bishop Attacked

 2024-04-16 00:15:00

Tesla Lays Off More Than 10% Of Its Workforce

 2024-04-16 01:41:21