FacebookInstagramTwitterContact

 

STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>           Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>           Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat ke Majlis Makan Malam bagi Perhimpunan Agung FAPW


YTM berkenan menyampaikan cenderahati kepada Ahli-ahli FAPW yang terdiri dari negara rantau Asia Pasifik.| Foto : Hernie Suliana Haji Othman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 March 13th, 2017  |  07:22 AM  |   1024 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 Mac. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam bagi Perhimpunan Agung Ke-5, Tahun 2017 Friends of Asia Pacific Region World Association of Girl Guides and Girl Scouts (FAPW).

 

Juga berangkat pada Majlis Makan Malam yang berlangsung di Sutera Hall, Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ismail, selaku Penaung Diraja FAPW.

 

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pesuruhjaya Kerohanian PPPNBD, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Abdul Ghani diikuti dengan nyanyian Lagu Dunia Pandu Puteri dan Lagu Rantau Asia Pasifik beramai-ramai.

 

Pada majlis berkenaan, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah juga berkenan menyampaikan cenderahati kepada peserta-peserta perhimpunan.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, YTM juga berkenan menerima junjung ziarah dari peserta-peserta perhimpunan.

 

Majlis Makan Malam diselenggarakan oleh PPPBD khas untuk menyambut dan mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli FAPW yang menyertai perhimpunan.

 

Negara Brunei Darussalam tahun ini dipilih sebagai tuan rumah bagi perhimpunan yang akan berlangsung bermula hari ini hingga 15 Mac nanti di mana secara keseluruhannya perhimpunan ini dikendalikan dan diselaraskan oleh ahli-ahli FAPW.

 

FAPW merupakan sebuah skim keahlian yang menyumbang ke arah perkembangan dan pembangunan WAGGGS serta ahli-ahlinya yang mana FAPW ditubuhkan pada tahun 1999 bagi menyokong dan membantu WAGGGS dalam kerja-kerja menambah tabung / dana bagi memperkasa dan membantu perkembangan dari peringkat kanak-kanak perempuan hingga wanita muda.

 

Tujuan utama perhimpunan ini diadakan untuk memilih enam orang ahli Working Group atau jawatankuasa tertinggi baharu untuk berkhidmat dalam tempoh selama tiga tahun.

 

Perhimpunan kali ini melibatkan penyertaan seramai 93 ahli FAPW dari 13 buah negara-negara rantau Asia Pasifik iaitu Australia, Cook Island, Filipina, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan Brunei Darussalam.

 

Pelbagai program telah diaturkan disepanjang perhimpunan tersebut termasuk perhimpunan dan pemilihan ahli-ahli baharu Working Group FAPW, penyampaian lencana keahlian FAPW, bazar antarabangsa serta lawatan ke tempat-tempat menarik dan perusahaan-perusahaan kecil / sederhana tempatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54