FacebookInstagramTwitterContact

 

Joint Operation           >>           Fuel Stations Temporary Closure           >>           Pitcher Plant Conservation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           SEAMEO Centres Policy Research Network Summit Closing Ceremony           >>           Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store           >>           Hersh Goldberg-Polin: Gaza Hostage's Parents Urge Him To 'Stay Strong' After New Video           >>           UNISSA Sinaut Campus Hari Raya Celebration           >>           Europe At Risk Of Dying Faces Big Decisions – Macron           >>           Harvey Weinstein's 2020 Rape Conviction Overturned In New York           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dasar belia perlu mantap


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-6 di Kem Latihan PKBN, Batu Apoi.| Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Sahrizal Haji Said, Azmah Haji Ahad

 


 March 14th, 2017  |  07:16 AM  |   1257 views

TEMBURONG

 

 

TEMBURONG, Isnin, 13 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, salah satu peranan asasi para pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) ialah memikul kerja-kerja sukarela.

 

Selaku sukarelawan titah baginda, mereka pada bila-bila masa perlu bersedia untuk menyumbangkan khidmat, sama ada dalam keadaan biasa mahu pun ketika berlaku musibah.

 

''Inilah 'dasar' belia kita. Dasar ini perlu mantap untuk menjamin ketelusan dan kecekapan dalam berkhidmat. Pihak berkenaan perlu menekankan perkara ini, sehingga ia benar-benar difahami dan dipegang kuat oleh para pelatih. Jika dasar tidak difahami dan dihayati, semua khidmat akan boleh jadi, seperti timbul tenggelam. Jika ada mood baik, baru orang buat, sementara kalau mood tidak baik, orang tidak akan buat.

 

Kerana itu sangat perlu, supaya dasar atau konsep itu diperkukuh. Adapun dasar atau konsep sukarela, sifatnya adalah luhur dan dinamik, ia tidak boleh dibayangi oleh sifat jemu atau malas. Inilah peranan dasar itu,'' tegas baginda pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-6, berlangsung di Kem Latihan PKBN Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong, di sini.

 

Baginda menegaskan, para pelatih PKBN perlu diikat dalam satu ikatan dan ikatan itu ialah 'dasar' bagi organisasi.

 

Titah baginda, ia boleh dijelaskan melalui apa yang termaktub dalam perlembagaan atau peraturan dan juga boleh dilihat pada logo umpamanya.

 

Semua itu  titah baginda, dengan tujuan untuk memotivasi para sukarelawan supaya tetap komited dengan khidmat kepada masyarakat dan negara.

 

Kebawah DYMM amat optimis dengan kaum belia pada hari ini, dari sudut mereka itu suka melakukan kerja-kerja amal dalam pelbagai bidang yang juga dikenali sebagai suka berpersatuan.

 

Kecenderungan seperti itu, titah baginda, sangat bagus untuk diteruskan kerana berkumpul dan berinteraksi sesama belia boleh mencetuskan idea-idea besar dan baru yang sangat berfaedah.

 

Terdahulu, ketika menyentuh mengenai soal keberkesanan PKBN, Kebawah DYMM menegaskan ia tidak perlu berbangkit kerana jumlah para pelatih yang saban tahun meningkat, sudah cukup untuk menjadi bukti berlakunya perkembangan yang sihat.

 

''Hanya apa yang perlu bagi Task Force PKBN ialah melipatgandakan usahanya untuk menyediakan program-program yang bermanfaat bagi lepasan para pelatih PKBN mencurahkan khidmat.

 

Setiap pelatih mempunyai potensi dan kebolehan tertentu. Potensi itu jika dipupuk, akan membuahkan keupayaan dan kepakaran yang tinggi. Namun yang penting, kita juga akan memerhatikan bakat dan cara mereka berfikir atau bertindak, sejauh manakah cara itu dipergunakan untuk kepentingan negara,'' titah baginda.

 

Kebawah DYMM bertitah, sudah tiba masanya untuk kita menuai hasil daripada pelaburan dalam PKBN dan dengan moto Bersedia, Berkhidmat dan Berbakti, para pelatih PKBN sudah sewajarnya menunjukkan kepada kita bahawa mereka itu memang benar-benar berkebolehan dan kreatif.

 

Baginda juga bertitah mengingatkan bahawa PKBN merupakan cabaran besar untuk mereka dan satu peranan asasi mereka ialah memikul kerja-kerja sukarela.

 

Di kesempatan ini, baginda turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada para pelatih PKBN Ke-6 dan seterusnya berharap agar cebisan dari pengalaman yang pernah dilalui oleh mereka menerusi program ini akan menjadikan PKBN sentiasa istimewa di hati dan mata mereka dan juga di hati dan mata para ibu bapa dan penjaga.

 

Di luar jangkauan latihan, baginda melahirkan harapan agar alam Kem PKBN akan terus menerus menjadi tenaga, kekuatan atau force yang digalati.

 

''PKBN telah berjalan agak lama. Ia bermula dengan program rintis pertama pada tahun 2011 sehingga membawa kepada pengambilan Ke-6 pada tahun 2016 / 2017 ini. Alhamdulillah, ia juga telah mempunyai kem latihannya yang kekal.

 

Perjalanan PKBN yang panjang ini, sudah sewajarnya mampu untuk menilai tentang tujuan PKBN diwujudkan iaitu untuk melahirkan individu-individu yang berbakti kepada negara,'' titah baginda.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store

 2024-04-26 02:05:05