Home > Bahasa Melayu
Tajuk di bawah KHEU dan Kementerian Pembangunan diluluskan
March 15th, 2017 | 06:43 AM | 745 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Mac. - Hari ketujuh dari Musim Permesyuaratan Ke-13 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) berlangsung hari ini dan dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.
Sesi permesyuaratan berkenaan masih lagi membahaskan Perkara VI (Enam) Rang Undang-Undang (2017) Perbekalan, 2017 / 2018 yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
Rang tersebut masih lagi dibahaskan di peringkat Jawatankuasa.
Antara tajuk-tajuk yang diluluskan dan dijadikan sebahagian daripada jadual pada sesi permesyuaratan tersebut adalah tajuk di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama, iaitu tajuk SJ01A dan tajuk-tajuk di bawah Kementerian Pembangunan, iaitu Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]