FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Malam Gala raikan Ahli FAPW


KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Mahrum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, KDYTM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti DYMM Sultan Iskandar Ismail bersama YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menghadiri Majlis Malam Gala The 5th General Assembly 2017 FAPW. | Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Azmah Haji Ahad

 


 March 15th, 2017  |  06:45 AM  |   1592 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

GADONG, Selasa, 14 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Penaung Diraja Friends of Asia Pacific Region World Association of Girl Guides and Girl Scouts (Sahabat Rantau Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia - FAPW) berkenan berangkat menghadiri Majlis Malam Gala The 5th General Assembly 2017 FAPW.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke majlis yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun itu dijunjung oleh Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim.

 

Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

 

Antara atur cara majlis pada malam tersebut adalah persembahan kebudayaan Senandong Budaya dan persembahan daripada Ahli-ahli PPPBD yang terdiri daripada pandu puteri tunas Sekolah Rendah Mata-Mata, Gadong dan Sekolah Rendah Haji Mohammad Jaafar Maun, Kiulap serta pandu puteri Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Kilanas.

 

Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan gulintangan dari Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Negara Brunei Darussalam telah dipilih sebagai tuan rumah bagi The 5th General Assembly 2017 FAPW.

 

Majlis Malam Gala tersebut diselenggarakan oleh PPPBD untuk meraikan FAPW yang menyertai perhimpunan tersebut.

 

Perhimpunan berkenaan secara keseluruhannya dikendalikan dan diselaraskan oleh Ahli-ahli FAPW dan diadakan pada 12 hingga 15 Mac ini bertempat di Hotel Antarabangsa Rizqun.

 

FAPW merupakan sebuah skim ahli keahlian yang menyumbang ke arah perkembangan dan pembangunan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) serta ahli-ahlinya.

 

FAPW ditubuhkan pada tahun 1999 bagi menyokong dan membantu WAGGGS dalam kerja-kerja menambah dana bagi memperkasa serta membantu perkembangan golongan perempuan dari peringkat kanak-kanak hingga wanita muda.

 

Tujuan utama perhimpunan ini diadakan adalah untuk memilih enam ahli Working Group baharu untuk berkhidmat bagi tempoh selama tiga tahun.

 

Perhimpunan kali ini melibatkan penyertaan seramai 93 Ahli 'Friends of Asia Pacific Region WAGGGS' dari 13 buah negara-negara rantau Asia Pasifik, iaitu Australia, Cook Island, Filipina, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan Negara Brunei Darussalam.

 

Pelbagai program telah dijalankan sepanjang perhimpunan tersebut termasuk penyampaian pin keahlian FAPW, bazar antarabangsa serta lawatan ke tempat-tempat menarik serta perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

 

Juga hadir, Naib-Naib Yang Di-Pertua Sepanjang Hayat PPPBD, Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PPPBD dan Ahli-ahli PPPBD.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17