FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


KKBS susun keutamaan pelaksanaan projek 4K


Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof | Foto : Hamzah Mohidin, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 March 16th, 2017  |  06:48 AM  |   900 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Mac. - Pada Tahun Kewangan 2017 / 2018, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan mengutamakan mekanisme Multi Level untuk konsultansi, menyelaras, memantau nilai dan menilai program dengan lebih bekerjasama dengan kementerian-kementerian, jabatan-jabatan NGO dan swasta untuk keberhasilan yang lebih tinggi. 

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dalam mukadimahnya pada hari kelapan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-13 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) menjelaskan, pada Tahun Kewangan yang akan datang, KKBS menyusun keutamaan-keutamaan pelaksanaan program dan projek empat bidang tugasnya atau 4K, iaitu Kebudayaan, Kebeliaan, Kesukanan dan Kemasyarakatan.

 

Menurut Yang Berhormat, pada melestari Kebudayaan, KKBS akan terus memelihara, menjaga budaya, sejarah dan warisan bangsa sebagai tunjang perpaduan dan identiti bangsa yang mempunyai tamadun tinggi dan gemilang. 

 

Sehubungan itu, KKBS akan memperbanyakkan ‘outreach’ kepada golongan pelajar dan siswa supaya unsur-unsur budaya, kesenian Sastera dan bahasa Melayu diterapkan sebaik-baiknya dalam pendidikan.

 

Dalam bidang Kebeliaan, KKBS akan menumpukan dari segi membangun dan meningkatkan jati diri belia agar mereka lebih berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara, dengan mengadakan lebih banyak program-program mendampingi belia. 

 

“‘Engagement’ dengan seramai mungkin belia melalui persatuan-persatuan yang mereka anggotai, Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Jawatankuasa-Jawatankuasa Takmir Masjid, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi adalah semata-mata untuk mendapatkan aspirasi belia,” jelas Yang Berhormat. 

 

Sementara dalam bidang Kesukanan, dari segi aspek menyediakan prasarana sukan dan riadah ke arah masyarakat yang sihat dan cerdas, dan juga meningkatkan kecemerlangan sukan, KKBS akan mempromosi sukan yang menyumbang kepada tahap kecergasan, perpaduan dan daya saing, iaitu sukan untuk masyarakat yang melibatkan kegiatan fizikal yang merangkumi segala aktiviti sukan, permainan tradisional dan rekreasi dengan penyertaan yang lebih baik dan luas dalam kalangan masyarakat umum.

 

Ke arah itu, KKBS akan mempromosi sukan berbasikal, berkayuh dan bertarik kalat sebagai sebahagian sukan untuk masyarakat selain acara-acara sukan untuk masyarakat yang konvensional seperti berjalan kaki, larian, senamrobik dan seumpamanya.

 

Bagi sukan untuk kecemerlangan, KKBS akan terus menyediakan sistem perkhidmatan yang dapat membina sumber tenaga pakar yang khusus untuk pembangunan atlet, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan di samping usaha-usaha membangun kumpulan atlet negara melalui mengenal pasti bakat, sains, sukan, skim penggalak kecemerlangan sukan dan akademi sukan.

 

Manakala dalam bidang Kemasyarakatan, dari aspek memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk serta mengukuhkan institusi keluarga ke arah mewujudkan perpaduan dan keamanan, KKBS akan memastikan kapasiti pelaksana perkhidmatan-perkhidmatan sosial ditangani dari semua aspek agar lebih berkesan.

 

Terdahulu dalam mukadimahnya, Yang Berhormat berkata, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada pembukaan Musim Permesyuaratan Ke-13 MMN telah mendorong KKBS untuk melakar program yang berimpak tinggi dalam bidang yang dipikulkan ke atasnya, iaitu membangun belia dengan Program Pembangunan Belia yang berkesan, mengekalkan identiti dan warisan bangsa melalui promosi kebudayaan dan kesenian, memelihara kesejahteraan rakyat dan penduduk melalui program jaminan sosial dan menggalakkan pengamalan gaya hidup cergas menjurus kepada peningkatan kecemerlangan sukan menerusi program pembangunan sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53