FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Pendidikan kenalkan program Buku Bacaan Inspirasiku


Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim. | Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Azmah Haji Ahad

 


 March 16th, 2017  |  06:49 AM  |   990 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Mac. - Hasil penulisan daripada penulis-penulis tempatan negara telah didedahkan di sekolah-sekolah seluruh negara, usaha Unit Sumber Sekolah di Jabatan Sekolah-Sekolah dan Jabatan Perkembangan Kurikulum bahawa semua sekolah telah menyediakan sudut inspirasiku.

 

Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif memperkenalkan amalan bacaan teras atau pun asas kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

 

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menjelaskan perkara itu pada hari kelapan dari Musim Permesyuaratan Ke-13 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Bangunan Dewan Majlis, di sini, bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.

 

Menurut Menteri Pendidikan, buku bacaan teras diperkenalkan melalui satu program yang dikenali sebagai Buku Bacaan Inspirasiku.

 

Katanya, program itu adalah bagi membangkitkan semangat jati diri bangsa, agama dan tanah air serta cintakan ilmu hasil cetusan minda dari buku yang dibaca.

 

''Ke arah itu, pihak jabatan telah mengenal pasti tema-tema yang bersesuaian bagi dimuatkan ke dalam siri Buku Bacaan Inspirasiku, iaitu dari aspek sejarah dan pembangunan Brunei, kedaulatan agama Islam, kesultanan, pendidikan, ekonomi, adat istiadat dan sosial,'' tambah Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

 

Keistimewaan siri Buku Bacaan Inspirasiku jelasnya, ialah ia memuatkan hasil penulisan tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan tempatan. Adalah diharapkan para pelajar akan terinspirasi dengan gagasan pemikiran penulis-penulis tersebut untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan mereka.

 

Program tersebut katanya, akan melibatkan semua pelajar di peringkat rendah atas, iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6 dan peringkat menengah Tahun 7 hingga Tahun 10 atau Tahun 11.

 

Tambah Yang Berhormat, setiap pelajar dikehendaki membaca buku-buku dalam senarai yang terkandung dalam siri Buku Bacaan Inspirasiku. Fokus yang diketengahkan terkandung dalam siri dalam pemilihan tajuk yang tersenarai dalam kategori Siri Buku Bacaan Inspirasiku ialah kesultanan, tokoh-tokoh ilmuan, sirah nabi dan sahabat, keagamaan, kemasyarakatan, kenegaraan, ekonomi dan keusahawanan, pendidikan, kebudayaan dan keantarabangsaan.

 

Jelasnya, dengan menjadikan Siri Buku Bacaan Inspirasiku ini sebagai buku bacaan teras bagi semua murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah, ia diharapkan akan dapat melahirkan pelajar yang suka menimba ilmu, bersikap proaktif dan bersemangat tinggi untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia serta di akhirat.

 

Di samping itu menurut Menteri Pendidikan, matlamat Wawasan Brunei 2035, iaitu : ''Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi,'' akan dapat direalisasikan.

 

Ada beberapa buah buku atau novel tempatan tambahnya, juga digunakan oleh pelajar-pelajar seperti contohnya di peringkat 'A' Level, novel tempatan bertajuk ''Hadiah Sebuah Impian'' dan ''Puncak Pertama'' yang merupakan novel moden.

 

Sementara di Peringkat 'O' Level, ''Hikayat Awang Kamaruddin'', novel ''Pengabdian'', ''Meniti Waktu'' (sebuah cerpen), ''Antologi Sajak Cermin Diri'' semuanya merupakan buku-buku tempatan.

 

Dalam subjek MIB, pengukuhan jati diri bangsa diajarkan di peringkat sekolah rendah contohnya tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri, keluarga, jiran dan masyarakat sekolah serta negara. Semua tanggungjawab yang di atas sudah diajarkan dari rendah bawah lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10