FacebookInstagramTwitterContact

 

These 3 Stars Are Losing Weight Fast — Thanks To Stellar Winds Way Stronger Than The Sun's           >>           Tesla is reportedly laying off more than 10 percent of its workforce           >>           Adobe previews AI object addition and removal for Premiere Pro           >>           Zinc Supplementation Can Benefit Individuals With Erectile Dysfunction, Reveals Study           >>           Shiitake Mushrooms Are A Powerful Medicinal Superfood           >>           Regular Exercise Can Significantly Lower Your Risk Of Developing Cancer           >>           Various Knowledge Learned Prior To Open a Business           >>           Kobe Bryant’s Daughter Natalia Details How Parents Made Her A Taylor Swift Fan           >>           Pregnant Jenna Dewan Seeking Millions From Ex Channing Tatum’s Magic Mike Income           >>           This Is Why Dozens Of Men Decided To Tie Their Moustaches Together           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan menerima mengadap Penaung Diraja FAPW


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap Kebawah DYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Juga berangkat, YTM Paduka Seri PAP Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah. | Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 March 16th, 2017  |  06:50 AM  |   1347 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) telah berkenan menerima mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Penaung Diraja Friends of Asia Pacific Region World Association of Girl Guides and Girl Scouts (Sahabat Rantau Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia - FAPW).

 

Berangkat sama pada Majlis Mengadap tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Yang Di-Pertua PPPBD.

 

Majlis Mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman tersebut disertai  sama oleh Ahli-ahli  FAPW dan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim dan Ahli-ahli PPPBD yang lain.

 

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berada di negara ini bagi berangkat menghadiri Perhimpunan Agung  Ke-5, FAPW WAGGGS yang berlangsung selama empat hari, iaitu  pada 12 hingga 15 Mac di negara ini.

 

Tujuan utama perhimpunan ini diadakan adalah untuk memilih enam ahli Working Group baharu untuk berkhidmat bagi tempoh selama tiga tahun.

 

FAPW merupakan sebuah skim keahlian yang menyumbang ke arah perkembangan dan pembangunan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) serta ahli-ahlinya.

 

Perhimpunan kali ini melibatkan penyertaan seramai 93 Ahli FAPW WAGGGS dari 13 buah negara-negara rantau Asia Pasifik, iaitu Australia, Cook Island, Filipina, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan Negara Brunei Darussalam.

 

Sepanjang perhimpunan tersebut, pelbagai program telah dijalankan termasuk penyampaian pin keahlian FAPW, bazar antarabangsa serta lawatan ke tempat-tempat menarik serta Perusahaan-perusahaan Kecil dan Sederhana tempatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Boy, 15, Arrested After Bishop Attacked

 2024-04-16 00:15:00

Tesla Lays Off More Than 10% Of Its Workforce

 2024-04-16 01:41:21