FacebookInstagramTwitterContact

 

Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>           Ukraine Says It Repelled Russian Bid To Cross Border           >>           Steve Bannon May Soon Head To Prison After Appeal Fails           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ambil langkah wajar atas pengurusan, perlindungan alam sekitar


YANG Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar. | Foto : Hernie Suliana Othman, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 March 17th, 2017  |  06:44 AM  |   674 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Mac. - Perintah Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) dikuat kuasakan pada September 2016 untuk mengawal impak terhadap alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti industri.

 

Di bawah perintah ini pihak industri dimestikan menghadapkan pemberitahuan secara bertulis kepada pihak berkuasa tentang aktiviti-aktiviti mereka bagi memastikan operasi tersebut tidak mendatangkan impak negatif terhadap alam sekitar.

 

Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar menjelaskan demikian semasa menjawab soalan Ahli Majlis Mesyuarat, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin mengenai pencemaran udara atau alam sekitar dalam negara pada Musim Permesyuaratan Ke-13 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang bersidang di hari kesembilan  di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa pihak syarikat tidak akan dibenarkan memulakan operasi mereka sebelum menerima kebenaran dari pihak berkuasa di bawah Perintah Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar (EIDPMO) tersebut.

 

Semua majikan adalah bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya atas pengurusan dan perlindungan terhadap alam sekitar serta membuat inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan atau mengawal mana-mana bahaya yang berpotensi menyebabkan pencemaran dan kerosakan alam sekitar.

 

Yang Berhormat juga menyatakan, pihak syarikat yang terbabit dimestikan melantik Pegawai Alam Sekitar yang akan bertanggungjawab dalam pengurusan isu-isu alam sekitar. Jika terjadi insiden alam sekitar disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak syarikat pegawai yang diberikan kuasa akan membuat siasatan terhadap insiden tersebut.

 

Yang Berhormat menambah, jika pihak syarikat dan individu didapati melanggar mana-mana perintah, mereka yang terlibat juga akan dikenakan tindakan undang-undang.

 

Jabatan Tenaga dan Perindustrian jelas Yang Berhormat, juga sedang menyediakan peraturan-peraturan tambahan termasuk peraturan kajian kesan penilaian alam sekitar (EIA) dan peraturan pencemaran udara.

 

Pematuhan peraturan-peraturan ini amat penting kerana melalui kajian ini penilaian bagi kesan operasi jangka panjang terhadap alam sekitar bolehlah diperhalusi dan pelbagai langkah pencegahan boleh dibincangkan melalui kajian yang dinamik ini. Ini ujar Yang Berhormat, adalah selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin memelihara alam sekitar secara optimum.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59