Home > Bahasa Melayu
Teliti cara membudayakan gaya hidup sihat
Teliti cara membudayakan gaya hidup sihat MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman. | Foto : Hernie Suliana Othman, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
March 17th, 2017 | 06:45 AM | 954 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Mac. - Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menjelaskan bahawa di dalam kurikulum Kementerian Pendidikan ada menyediakan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.
Kementerian Pendidikan ujar Yang Berhormat, mempunyai dasar penjagaan kesihatan dalam kalangan pelajar sekolah misalannya dalam kegiatan ECA.
''Kita menghendaki setiap pelajar untuk mengambil satu ECA sementara dalam jadual waktu mereka disediakan dua 'period' seminggu bagi 'PE Classes' di 'primary' dan 'secondary level' pendidikan. Ia bertujuan supaya mereka ini mengambil kegiatan-kegiatan ataupun aktiviti-aktiviti sukan dalam tempoh yang diberikan tersebut,'' demikian jelas Menteri Pendidikan semasa menjawab soalan Ahli Majlis Mesyuarat, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman mengenai usaha mencegah / mengubati dan memberi ketahanan diri dari penyakit kronik melalui kurikulum sekolah pada Persidangan Permesyuaratan Ke-13 Majlis Mesyuarat Negara yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga menyatakan isu-isu ataupun tajuk-tajuk kesihatan seperti menjaga kebersihan diri (personal hygiene), keseimbangan pemakanan, penyakit-penyakit berjangkit, bahaya dadah dan dari segi nutrisi juga ditekankan dalam mata pelajaran Sains dari Tahun 4 hingga Tahun 8.
Manakala syllabus peringkat GCE 'O' dan 'A' serta mata pelajaran Combined Science tambah Yang Berhormat, mengandungi isu-isu yang menekankan mengenai penyakit-penyakit berjangkit, cara-cara pencegahan, penyakit-penyakit lain seperti sakit jantung, HIV, AIDS dan penyalahgunaan dadah.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi semasa menjawab persoalan tersebut menyatakan, Kementerian Kesihatan melalui Multi Sector Taskforce for Health ada membuat kerjasama dengan kementerian-kementerian terutama sekali Kementerian Pendidikan bagi meneliti bagaimana cara untuk memastikan kanak-kanak membudayakan cara hidup sihat.
Yang Berhormat seterusnya menggariskan antara beberapa caranya ialah, seperti dari segi persekitaran sekolah dan kempen kebersihan.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan memperkenalkan sistem 'traffic light' iaitu jika makanan yang ada 'traffic light' merah langsung tidak boleh dimasukkan ke kantin-kantin, yang 'kuning' dihadkan dua kali seminggu dan makanan yang lain mestilah 'hijau'.
Kementerian Kesihatan juga bekerjasama dengan guru-guru supaya menerangkan berkaitan hal ehwal kesihatan dalam pengajaran mereka pada subjek-subjek tertentu, jelas Yang Berhormat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]