FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Saleumxay Kommasith.| Foto : Hamzah Mohidin

 


 March 17th, 2017  |  06:47 AM  |   766 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Istana Nurul Iman, Khamis, 16 Mac 2017, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Saleumxay Kommasith, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Lao, yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan rasmi.

 

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Lao telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Lao, serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa.

 

Menyertai bersama Tuan Yang Terutama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Lao pada Majlis Mengadap itu ialah Tuan Yang Terutama Amphay Kindavong, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua).

 

Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.

 

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Puan Alouny Kommasith, isteri Tuan Yang Terutama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Lao.

 

Menyertai bersama Puan Alouny Kommasith pada Majlis Mengadap itu ialah isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam, Puan Phimpa Kindavong.

 

Juga hadir di Majlis Mengadap itu ialah Yang Mulia Datin Paduka Tan Bee Yong, isteri Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua).

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by BruDirect.com

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10