FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kursus AFC perkasa pembangunan bola sepak negara


TETAMU kehormat, Penolong Setiausaha Agung NFABD, Pengiran Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud semasa berucap di Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Asian Football Confederation (AFC). | Foto : Haji Ariffin bin Mohd. Noor / Morshidi

 


 March 18th, 2017  |  07:51 AM  |   1259 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN , Jumaat, 17 Mac. - Dalam usaha berterusan Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) meningkatkan lagi sukan bola sepak negara, beberapa kursus profesional bagi jurulatih bola sepak telah dijalankan bagi melahirkan jurulatih-jurulatih tempatan yang berdaya saing.

 

Tetamu kehormat, Penolong Setiausaha Agung NFABD, Pengiran Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus AFC berkata sejak tertubuhnya NFABD, seramai tujuh jurulatih lesen 'A', 15 jurulatih lesen 'B', 84 jurulatih lesen 'C' dan 11 jurulatih Goal Keeping Level 1 telah berjaya dilahirkan.

 

Pada acara yang berlangsung di Dewan Serbaguna, NFABD House, Jalan Pusat Persidangan, di sini, beliau menambah, dalam usaha berterusan NFABD bagi memperkasa pembangunan sukan bola sepak negara, satu peraturan khusus telah dimuatkan dalam Kejohanan Liga Super dan Perdana DST beberapa tahun kebelakangan dengan mensyaratkan masing-masing dengan jurulatih lesen 'B' bagi Kejohanan Liga Super dan jurulatih lesen 'C' bagi Kejohanan Liga Perdana.

 

Pada majlis tersebut, seramai 31 orang jurulatih yang telah mengikuti dua kursus daripada Asian Footbal Confederation (AFC) iaitu 19 mengikuti Kursus AFC 'C' Coaching yang telah diadakan pada 21 November hingga 3 Disember 2016 dan 12 lagi mengikuti Kursus AFC Goalkeeping Coaching Tahap 1 yang telah diadakan pada 3 hingga 8 September 2016, menerima sijil masing-masing daripada tetamu kehormat.

 

Penyertaan kursus yang diungkayahkan kali ini turut menyaksikan para peserta dari luar negara iaitu daripada Republik Indonesia, Republik Singapura dan Nigeria yang dibimbing oleh jurulatih daripada Asian Football Confederation (AFC), Mike Wong dan Stephen Ng Heng Seng.

 

Kursus juga menyerapkan pelbagai modul sains sukan antaranya komponen kecergasan fizikal, sistem otot dan tenaga serta psikologi sukan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Perubatan Sukan (SMRC), Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

 

Turut hadir, Pemangku Setiausaha Agung NFABD, Awang Rosdin bin Haji Abdul Aziz dan Ahli Exco NFABD, Awang Haji Meramit bin Haji Damit.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10