FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pentingnya sokongan kesihatan mental selepas bersalin


PAKAR Perunding Obstetrik dan Ginekologi JPMC, Dr. Siti Khadijah binti Ismail menyatakan, pentingnya mengetahui sokongan kesihatan mental selepas bersalin. | Foto : Mohd. Shahrizal Haji Said

 


 March 18th, 2017  |  07:53 AM  |   1448 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

JERUDONG, Jumaat, 17 Mac. - Sempena Hari Wanita Antarabangsa, Pusat Perubatan Jerudong Park [JPMC] dengan kerjasama StemLife Berhad dari Malaysia, menganjurkan forum awam bertajuk 'Perjalanan Menuju Kesihatan kehamilan' (Journey to Health Pregnancy).

 

Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pasangan yang telah berkahwin, ibu-ibu dan bakal ibu menghadiri forum yang diadakan di Empire Hotel and Country Club, di sini.

 

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi JPMC, Dr Siti Khadijah binti Ismail, kesihatan kehamilan tidak berhenti selepas bayi dilahirkan dan adalah penting untuk mengetahui bahawa sokongan kesihatan mental selepas kehamilan adalah mustahak untuk para ibu.

 

Beliau juga menekankan pentingnya mengambil makanan seimbang yang sihat, senaman harian dan menjaga kesihatan emosi semasa hamil.

 

Forum turut diisikan dengan perbincangan panel oleh para ibu dan pakar laktasi JPMC yang memberi peserta peluang untuk melibatkan diri dalam perbincangan interaktif tentang bagaimana untuk menjaga diri sendiri dan bayi mereka sepanjang kehamilan mereka dan seterusnya.

 

Turut hadir pada forum tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif StemLife Berhad, Encik Sophian Abd Rahman, yang telah menjadi rakan kerjasama dengan JPMC sejak September tahun lalu, dengan menyediakan perkhidmatan perbankan tali darah dan sel stem tisu saraf yang komprehensif merangkumi pengumpulan, pengangkutan, pemprosesan dan perkhidmatan 'cryopreservation' di Negara Brunei Darussalam.

 

Menurut Encik Sophian Abd Rahman, sebagai organisasi kesihatan yang menumpukan kepada keperluan ibu dan kanak-kanak, kami berasa gembira untuk menyokong JPMC dalam forum yang bermakna ini.

 

''Selain manfaat potensi bagi simpanan sel stem kanak-kanak tersebut, kami percaya bahawa dengan pemeriksaan kanak-kanak yang berkemungkinan mempunyai kesilapan semula jadi metabolism kelahiran akan memberikan ketenangan kepada ibu-ibu. Kami bersedia untuk berkongsi pengalaman kami di dalam kedua-dua forum ini,'', ujarnya.

 

Klinik Obstetrik dan Ginekologi JPMC dibuka dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan setiap Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

 

Perkhidmatan yang ditawarkan di Bahagian Obstetrik termasuk ujian-ujian Pemeriksaan Antenatal iaitu pemeriksaan Trimester pertama dan kedua, Kelas Antenatal dan Kelas Urut Bayi, Klinik Perancang Keluarga dan Perkhidmatan Klinik Selepas Bersalin.

 

Manakala perkhidmatan yang ditawarkan di Bahagian Ginekologi termasuk pemeriksaan sakit puan secara menyeluruh.

 

Sebarang maklumat lanjut atau membuat perjanjian bolehlah menghubungi +673 2611433 sambungan 3000 atau melalui emel '[email protected].'

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17