Home > Bahasa Melayu
Peraduan Dikir dukung hasrat realisasikan Negara Zikir
HADIR selaku tetamu kehormat, Ketua Unit Dakwah Daerah Temburong, Awang Haji Hazimin bin Haji Metali (dua dari kiri). Antara yang hadir, Penghulu Mukim Amo, Awang Haji Bahrun bin Haji Talib (kiri). | Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain
March 18th, 2017 | 07:55 AM | 815 views
TEMBURONG
TEMBURONG, Khamis, 16 Mac. - Pasukan Dikir Balai Ibadat Kampung Sibut 'B' dengan meraih markah 86 peratus muncul johan bagi Kategori Lelaki dalam Peraduan Dikir Syarafil Anam Balai-Balai Ibadat dan Pos Dakwah Daerah Temburong yang berlangsung di Balai Ibadat Kampung Sibut, di sini.
Tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Dikir Balai Ibadat Kampung Sibut 'A' dengan memperolehi markah 79.5 peratus, sementara di tempat ketiga disandang oleh wakil Pos Dakwah Kampung Selapon dengan markah 75 peratus.
Sementara itu, pasukan dikir wakil Balai Ibadat Kampung Sibut 'A' muncul johan bagi Kategori Perempuan dengan mendapat markah 83.5 peratus, diikuti tempat kedua oleh wakil Balai Ibadat Kampung Semabat dengan markah 83 peratus, manakala tempat ke tiga dengan markah 63 peratus diraih oleh wakil Balai Ibadat Kampung Sibut 'B'.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Unit Dakwah Daerah Temburong, Awang Haji Hazimin bin Haji Metali, yang juga menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.
Peraduan anjuran Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong dengan dikendalikan oleh Balai Ibadat Kampung Sibut ini juga merupakan julung kali diadakan di balai ibadat berkenaan dan akan menjadi salah satu aktiviti Takmir Tahunan bagi Balai Ibadat Kampung Sibut.
Matlamat utama penganjurannya adalah bagi menyebarluaskan dikir kepada golongan belia dan dewasa di kalangan saudara-saudara baharu dalam mendukung merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah Negara Zikir.
Selain itu, ianya juga dilaksanakan bagi menyatupadukan dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan saudara-saudara baharu dan penduduk kampung serta sebagai salah satu kegiatan bagi mengimarahkan masjid.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]