Home > Bahasa Melayu
Dianugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat
STAF Angkatan Udara Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara (KASAU TNI-AU), Marsekal TNI Hadi Tjahjant ketika memeriksa Pebarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). | Foto : Azmah Haji Ahad
March 18th, 2017 | 08:02 AM | 3230 views
BANDAR SERI BEGAWAN
RIMBA, Jumaat, 17 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menganugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kepada Kepala Staf Angkatan Udara Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara (KASAU TNI-AU), Marsekal TNI Hadi Tjahjanto.
Penghargaan ini adalah sebagai pengiktirafan ke atas jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TUDB dan TNI-AU.
Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB yang berlangsung di Pangkalan TUDB Rimba telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
Marsekal TNI Hadi Tjahjanto mengambil alih tugas sebagai KASAU TNI-AU pada 18 Januari 2017.
Semasa berada di negara ini, program beliau termasuk mengadakan kunjungan-kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Pemerintah ABDB dan Pemerintah TUDB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]