FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat ke Majlis Santap Beradat Polis Diraja Brunei


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Wadaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairu Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Santap Beradat Sempena Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun.| Foto : Hamzah Mohidin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Azmah Haji Ahad

 


 March 19th, 2017  |  08:19 AM  |   2969 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis berkenan berangkat ke Majlis Santap Beradat Sempena Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pesuruhjaya Polis Kehormat; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Timbalan Komandan Polis Wanita.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.

 

Sejurus berangkat tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan beramah mesra bersama pegawai-pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

 

Kebawah DYMM seterusnya dijunjung untuk merasmikan Bangunan Mes Pegawai PDB dan menandatangani Plak Perasmian.

 

Laungan Takbir 'Allahuakbar' dan Doa Selamat dibacakan oleh Penolong Penguasa Polis, Muhammad Aimi Safwan bin Zalidin.

 

Baginda kemudiannya dijunjung untuk menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan di Ruang Legar Dewan Bankuet diikuti dengan sesi bergambar kenang-kenangan.

 

Sejurus keberangkatan masuk ke Dewan Bankuet Mes, lagu kebangsaan dimainkan dan Panji-Panji PDB diarak masuk ke dalam Dewan Bankuet dengan iringan muzik serunai dan tambur.

 

Majlis Santap Beradat diserikan dengan iringan muzik yang dimainkan oleh Pancaragam PDB.

 

Selesai Majlis Santap, Panji-Panji PDB diarak keluar Dewan Bankuet dan lagu kebangsaan sekali lagi dimainkan.

 

Kebawah DYMM dan kerabat diraja seterusnya berkenan bagi junjung ziarah bersama pegawai-pegawai PDB sebelum berangkat meninggalkan majlis.

 

PDB mengadakan Majlis Santap Beradat Sempena Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun 2017 dengan Tema Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun, iaitu 'Perpaduan dan Keharmonian Mengukuhkan Keamanan'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12