FacebookInstagramTwitterContact

 

Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jaga kesihatan mulut, cegah kerosakan gigi


 


 March 20th, 2017  |  07:42 AM  |   721 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Mac. - Di sebalik kemajuan dalam penjagaan kesihatan mulut, kerosakan gigi masih menjadi salah satu penyakit yang paling lazim di seluruh dunia, melibatkan berbilion orang dalam kehidupan seharian dan mempunyai kesan yang besar ke atas sistem penjagaan kesihatan.

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa setiap tahun, berjuta-juta masa pekerjaan dan hari-hari persekolahan hilang akibat daripada kesihatan mulut yang buruk, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi dan sosial individu.

 

Merawat penyakit mulut boleh menjadi sangat mahal dan pada kanak-kanak ini boleh mempunyai kesan negatif ke atas kejayaan mereka di kemudian hari.

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi menyatakan perkara tersebut dalam perutusannya sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia (WOHD) yang membawa tema 'Live MOUTH SMART'.

 

Yang Berhormat menyatakan, pada tahun 2012, WHO melaporkan bahawa 60 hingga 90 peratus kanak-kanak sekolah telah mengalami kerosakan gigi; 15 hingga 20 peratus daripada pertengahan umur (35 hingga 44 tahun) orang dewasa mempunyai penyakit periodontal (gusi) yang teruk; dan 30 peratus daripada orang dewasa yang berumur antara 65-74 tahun telah kehilangan semua gigi asli mereka sama ada disebabkan oleh kerosakan gigi atau penyakit gusi.

 

Di Negara  Brunei Darussalam jelas Yang Berhormat, secara purata seorang kanak-kanak berumur 5 tahun mempunyai empat kehilangan atau gigi reput atau  gigi penuh manakala seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mempunyai kereputan atau kehilangan gigi penuh.

 

Sementara itu, laporan daripada Pemeriksaan Kesihatan Bersepadu bagi Kakitangan Awam 2007-2010, Negara Brunei Darussalam merekodkan jumlah yang tinggi bagi kerosakan gigi yang tidak dirawat (59 peratus) di kalangan orang dewasa yang berumur 18 hingga 24 tahun.

 

''Adalah dimaklumi bahawa kesihatan mulut dan kesihatan secara keseluruhan adalah berkait rapat terutamanya disebabkan oleh faktor-faktor risiko yang sama antara keduanya dan perlu dipertimbangkan secara holistik. Faktor-faktor ini termasuk pemakanan yang tidak sihat daripada makanan dan minuman manis, merokok atau penggunaan tembakau dan bahan-bahan penyebab kanser lain, dan pengambilan alkohol yang berlebihan. Risiko-risiko ini berkait dengan seluruh penyakit mulut dan penyakit tidak berjangkit lain seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan kencing manis,'' ujar Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Menurut Yang Berhormat, pencegahan awal daripada memperolehi kerosakan gigi, penyakit gusi dan kanser mulut tertentu boleh dilakukan dengan mengelakkan faktor-faktor risiko tersebut dan mematuhi penjagaan kesihatan mulut yang betul dengan memberus gigi dua kali sehari selama dua minit dengan ubat gigi yang mengandungi 1,100-1,450 per juta (ppm) florida, menghadkan pengambilan makanan dan minuman manis, dan kerap melakukan pemeriksaan pergigian setahun sekali atau seperti yang dinasihatkan oleh penjagaan kesihatan pergigian profesional.

 

Selain itu tambah Yang Berhormat, mengurangkan terdedahnya kepada matahari, mengelakkan daripada merokok dan mengurangkan risiko jangkitan Human Papillomavirus (HPV) dan memilih mengambil penyusuan yang disyorkan bagi mencegah penyakit mulut.

 

Cara yang paling berkesan untuk mengurangkan kerosakan gigi di kalangan penduduk adalah untuk meningkat kesedaran masyarakat mengenai penggunaan pengaruh perlindungan fluorida.

 

Lebih 60 tahun penyelidikan melalui lebih  200 kajian saintifik menyatakan bahawa pemfluoridaan bekalan air awam terbukti telah meningkatkan status kesihatan pergigian penduduk secara mendadak.

 

Pemfluoridaan air berjaya mengurangkan kerosakan gigi sebanyak 20 hingga 40 peratus dan mengurangkan peratus orang yang tidak mempunyai gigi asli. Peningkatan dalam status kesihatan mulut dari pemfluoridaan air juga telah dilihat di Negara Brunei Darussalam berdasarkan Tinjauan Kesihatan Mulut Kebangsaan Brunei (1999) dan 2015-2017.

 

Penyakit kesihatan mulut dapat dicegah, dan untuk itu Yang Berhormat menggesa masyarakat di negara ini untuk memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kesihatan mulut.

 

Kementerian Kesihatan jelas Yang Berhormat, akan terus memberi sokongan penuh kepada tema WOHD tahun ini kerana ia menyokong penuh tiga keutamaan strategik Kementerian Kesihatan iaitu untuk menjadikan penjagaan kesihatan tanggungjawab semua, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, dan untuk mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit.

 

Dalam hubungan itu tambah Yang Berhormat, Kementeriannya komited untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengukuhkan semua program dan aktiviti kesihatan mulut yang dijalankan di negara ini, melalui penglibatan aktif serta tanggungjawab dan komitmen bersama semua lapisan masyarakat termasuk individu ke arah meningkatkan kesihatan mulut di negara ini.

 

Terdahulu dalam perutusannya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam bersama-sama dengan 130 buah negara lain di seluruh dunia menyertai Persekutuan Pergigian Sedunia (FDI) untuk meraikan WOHD hari ini.

 

Tema 'Live MOUTH SMART' terangnya memberi kuasa kepada rakyat untuk mengawal kesihatan mulut dalam kehidupan mereka supaya mereka boleh menikmati, mulut yang sihat berfungsi dari zaman kanak-kanak sehingga usia tua.

 

Yang Berhormat menjelaskan, tema ini diambil daripada mesej WOHD 2016 mengenai 'Mulut Sihat, Badan Sihat' yang bertujuan untuk mengubah persepsi rakyat terhadap kesihatan mulut daripada sikap acuh tak acuh kepada salah satu yang mereka benar-benar hargai.

 

Kempen tahun 2017 ujar Yang Berhormat, mengambil konsep ini dengan dua cara iaitu pertama, dengan menekankan bahawa mulut adalah penting untuk gerak isyarat seperti mengunyah, bercakap dan senyum; dan kedua, menggariskan bahawa kesihatan mulut mempunyai kesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik hingga ke usia tua.

 

Dengan memupuk tabiat dan memperkasakan kesihatan mulut yang baik bagi diri sendiri dari kecil lagi, kita akan mempunyai sebuah negara yang memiliki mulut dan senyuman yang sihat seperti yang selalu diperkatakan iaitu 'Mencegah adalah lebih baik daripada merawat'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Kesihatan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17